resepi puding kastard

Kalau anda suka pencuci mulut yang sejuk, lemak manis dan mudah disediakan, resepi puding kastard tiramisu cream crackers ini memang wajib cuba.

Campuran kastard yang lembut dan berkrim digabung dengan lapisan biskut dan serbuk koko memang buatkan setiap suapan rasa puas!

Resipi ini juga tak guna banyak bahan yang rumit dan tak perlukan oven. Cuma perlu masak atas dapur, lapis-lapis dalam loyang dan simpan dalam peti ais. Selepas beberapa jam, puding dah siap untuk dipotong dan dinikmati!

Baca juga: Resipi Puding Buah Kuah Kastard, Nikmatnya Lepas Makan Masih Terbayang-Bayang!

RESEPI PUDING KASTARD TIRAMISU CREAM CRACKERS

resepi puding kastard

Bahan-bahan untuk puding:

  • 1 tin  susu cair
  • 1 tin susu pekat manis
  • 5 tin air (guna tin susu yang sama sebagai sukatan)
  • 8 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Sedikit pewarna kuning (jika suka)

Bahan-bahan untuk lapisan:

  • Biskut cream crackers secukupnya
  • Serbuk milo/serbuk koko/serbuk nescafe (ikut cita rasa)

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan untuk puding ke dalam periuk dan kacau sebati.
  2. Masak atas api sederhana sambil sentiasa kacau hingga adunan menjadi pekat, likat dan berkilat.
  3. Tutup api dan teruskan ke langkah seterusnya.
  4. Basahkan sedikit loyang (loyang saiz 10×10 inci).
  5. Curahkan 2 senduk adunan puding ke dalam loyang.
  6. Tabur serbuk milo, koko atau nescafe (ikut cita rasa).
  7. Susun biskut cream crackers di atasnya.
  8. Ulang langkah-langkah tadi secara berlapis hingga habis adunan kastard.
  9. Untuk lapisan terakhir, tabur lebih sedikit serbuk milo/koko/nescafe di atas permukaan.
  10. Sejukkan dalam peti ais selama 4–5 jam sebelum dipotong dan dihidang.
  11. Siap untuk dinikmati!

Sumber: Pn Habsah Ngah

Baca juga: Resipi Puding Strawberry Cheese Leleh Yang Lembut & Gebu, Gerenti Buat Ramai Terliur!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN