resepi puding karamel mudah

Sekarang ramai yang jatuh hati dengan resepi Puding Karamel mudah kerana manisnya yang seimbang dan teksturnya yang lembut. Cara membuatnya sangat ringkas, ikut resipi ini pasti puas hati.

Puding Karamel mempunyai gabungan karamel yang pekat dan berkilat di atas dengan puding lembut di bawahnya. Bila dicampur sekali, rasa manis karamel dan kelembutan puding itu memang kena dengan tekak.

Nak buat sendiri di rumah, anda boleh cuba resepi Puding Karamel mudah oleh Nuriza E’za April ini. Setelah melihat hasilnya, pasti nak buat lagi nanti. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Puding Rose Susu Dua Lapis, Pencuci Mulut Comel Memikat Selera Dan Lembut Berkrim

RESEPI PUDING KARAMEL MUDAH

resepi puding karamel mudah

Bahan-bahan untuk karamel:

  • ½ cawan gula
  • 5 sudu besar air

Cara-cara menyediakan karamel:

1. Cairkan gula di atas api sederhana sehingga menjadi perang keemasan.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.

3. Tuang karamel ke dalam loyang dan pastikan permukaan rata.

resepi puding karamel mudah

Bahan-bahan untuk puding:

  • 8 biji telur
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 sudu besar esen vanila
  • 1½ cawan air

Cara-cara menyediakan puding:

1. Masukkan semua bahan puding ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga sebati.

2. Tapis adunan untuk mendapatkan tekstur yang lebih halus.

3. Tuang adunan puding ke atas karamel dalam loyang.

4. Kukus selama 45 minit atau sehingga puding masak sepenuhnya.

Dengan karamel yang berkilat di atas dan puding yang lembut di bawah, setiap suapan pasti membuatkan keluarga di rumah bahagia menikmatinya.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Nuriza E’za April

Baca juga: Puding Karamel Sedap Tanpa Telur & Tak Perlu Kukus, Cantik Berkilat Kejadiannya

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN