PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-12-01 18:05:46
Puding cendol gula melaka adalah antara puding istimewa yang jarang dicuba. Puding ini sesuai setiap kali ada jamuan atau pun pencuci mulut. Puding cendol gula melaka ni lagi sedap dimakan ketika sejuk jadi sebaiknya biarkan ia sejuk di dalam peti dulu baru boleh dihidang.
Jadi mari kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Nea Elyanie di kumpulan Aneka Resepi Makanan. Selamat Mencuba!
Kredit: Nea Elyanie
Bahan-bahan:
- 10gram serbuk agar agar
- 150-200gram cendol
- 4 cawan air
- 1 cawan gula
- 1 kotak santan brand KARA
- 1 sudu teh garam
Step 1: Bahan A
Cara Penyediaan :
- Didihkan 4 cawan air. Masak agar agar. Kemudian masukkan 1 cawan gula, masak hingga agar & gula menjadi larut (mendidih) sudah mendidih, masukkan cendol yang sudah ditapis airnya. Tunggu mendidih kejap dan tutup api.
- Masukkan santan kotak, kacau rata. Kemudian masukkan garam. Kacau rata sehingga semua sebati.
- Masukkan dalam acuan, sejukkan. Selepas puding beku, Corak carik kan dengan garpu permukaan atas.
Kredit: Nea Elyanie
Step 2: Bahan B
Bahan-bahan:
- 10gram serbuk agar agar
- 5 cawan air
- 200g gula melaka *potong kecil
- 3helai daun pandan
Cara-cara:
- Masukkan semua bahan step 2 dalam periuk. Masak dengan api yang perlahan, supaya daun pandan sempat keluar bau dan aromanya.
- Selepas mendidih, Tapis dan tuang kedalam bekas puding cendol tadi. Sejukkan normal dalam 30minit. Selepas tu bolehlah masuk peti ais
Kredit: Nea Elyanie
Tips untuk acuan :
Basahkan dengan sedikit air. Supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.
Kredit: Nea Elyanie
Selamat Mencuba
Kredit: Nea Elyanie