resepi puding caramel

Resepi puding caramel ini sentiasa digilai ramai kerana rasanya yang manis dan teksturnya yang lembut serta gebu.

Namun begitu, ramai yang sering menghadapi masalah di mana puding melekat pada loyang ketika mahu dikeluarkan.

Jangan risau! Rupanya terdapat petua mudah untuk mengelakkan masalah ini. Dengan teknik yang betul, puding caramel dijamin keluar dari loyang dengan cantik dan sempurna.

Baca juga: Resepi Puding Jagung Kastard, Lembut Berkrim & Warna Kuning Jagung Yang Menawan

RESEPI PUDING CARAMEL

resepi puding caramel

Bahan gula hangus:

  • 5 sudu besar gula
  • Sedikit air

Cara buat gula hangus:

  1. Masukkan gula ke dalam loyang dan masak sehingga bertukar warna perang.
  2. Bila warna sudah menjadi seperti yang diingini, perlahankan api dan tambah sedikit air.
  3. Kacau hingga gula larut.
  4. Sejukkan gula hangus terlebih dahulu sebelum menuang adunan puding.

Bahan-bahan adunan puding:

  • 1 tin susu cair
  • 5 biji telur gred A
  • 5 sudu makan gula (boleh kurangkan mengikut rasa manis)
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara menyediakan puding:

  1. Campurkan semua bahan dan kisar menggunakan blender hingga sebati.
  2. Ketepikan seketika.
  3. Sapu minyak pada loyang supaya tidak melekat selepas dikukus nanti.
  4. Tapis adunan puding yang telah dikisar untuk buang buih atau ketulan.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah berisi gula hangus.
  6. Kukus dengan api sederhana selama 30–40 minit sehingga puding masak.
  7. Biarkan puding sejuk, kemudian terbalikkan ke pinggan untuk mengeluarkan daripada loyang dan sedia untuk dinikmati.

Sumber: Nur Masri

Baca juga: Resipi Puding Kopi Susu Yang Lembut Dan Wangi, Sangat Mudah Nak Buat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN