Puding buah koktail antara pencuci mulut yang mudah dibuat dan sedap dinikmati ketika sejuk. Teksturnya lembut dengan rasa lemak manis daripada susu, ditambah pula buah koktail yang memberikan rasa segar pada setiap gigitan.
Resipi ini juga tidak memerlukan banyak bahan atau cara penyediaan yang rumit. Semua bahan untuk adunan puding dimasak bersama sehingga mendidih dan sedikit pekat sebelum buah koktail dimasukkan.
Selepas dituangkan ke dalam loyang, puding hanya perlu disejukkan dalam peti ais sehingga set. Kemudian potong dan hidangkan ketika sejuk. Memang sesuai dibuat sebagai pencuci mulut untuk keluarga, terutama ketika cuaca panas.
Baca juga: Resipi Puding Roti Dengan Sos Kastard ‘Premium’, Buat Seloyang Sekejap Saja Dah Licin
RESEPI PUDING BUAH KOKTAIL

Bahan-bahan:
- 500ml air
- 1 tin air buah koktail
- 1 tin susu cair
- ¼ cawan gula
- ⅓ cawan susu pekat manis
- 1 paket serbuk agar-agar
- 2 sudu besar tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)
- Sedikit garam
- 1 tin buah koktail
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan air, air buah koktail, susu cair, gula, susu pekat manis, serbuk agar-agar, tepung kastard yang telah dibancuh dan sedikit garam ke dalam periuk.
- Masak menggunakan api sederhana sambil sentiasa dikacau supaya adunan tidak berketul.
- Teruskan memasak sehingga adunan mendidih dan sedikit pekat.
- Masukkan buah koktail dan kacau sebentar hingga sebati.
- Tuangkan adunan perlahan-lahan ke dalam loyang atau bekas yang sesuai.
- Biarkan puding sejuk seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
- Sejukkan sehingga puding set sepenuhnya.
- Setelah set, potong mengikut saiz yang diingini dan sedia untuk dihidangkan.
Tip: Puding ini lebih sedap dinikmati ketika betul-betul sejuk. Simpan dalam peti ais sehingga waktu menghidang untuk rasa yang lebih menyegarkan.
Sumber: Siti Ifatin Ismail
Baca juga: Cara Buat Puding Trifle Sedap Berlapis, Dessert Sejuk Berkrim Guna Swiss Roll & Kastard
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

