Categories: Resipi

Peniaga Ini Kongsi Rahsia Popia Sira Kekal Rangup Selepas Disira, Cantik Berkilat Elok!

Rupanya ini rahsia resepi popia sira rangup walaupun dah sejuk. Ia bergantung pada penggunaan gula dan sos cili di dalam sambal sira.

Nak tahu bagaimana caranya? Ikut saja resipi dan cara penyediaan yang telah dikongsikan oleh Puan Norafiza Kamarin di bawah.

Baca juga: Cara Buat Bubur Som Som Yang Lembut Elok, Makan Sejuk-Sejuk Lazatnya Tak Terkata!

RESEPI POPIA SIRA RANGUP

“Siapa peminat popia sira sambal? Saya suka buat je tapi bukan kuih feveret saya.Inilah antara kuih yang paling laku laris customer saya selalu order.”

Inti saya guna sengkuang+lobak+udang geragau sahaja. Nampak mudah cara dan bahan-bahannya tapi hakikatnya kalau salah cara buatnya tak akan lama jadi rangup dan lembik selepas disira.”

“Salah satu kuih yang simple tapi perlu teknik sira yang betul. Siapa-siapa pakar buat popia sira ni boleh tak kongsikAn tips dan teknik anda untuk kita sama-sama belajar. Lain orang lain carannya kan. Saya kongsikan cara dan resepi popia sira saya ye.”

Bahan utama (inti sayur):

– 1 pek kulit popia/50pcs
– 1 biji sengkuang (saiz sederhana)
– 3 biji lobak merah (saizsederhana)
– Udang geragau (2 sudu besar)
– Sedikit serbuk perasa

Cara membuat inti sayur:

1. Sagat panjang-panjang sengkuang dan lobak.

2. Tumis semua bahan-bahan dalam kuali dengan sedikit minyak. Masak sehingga agak-agak bahan layu sahaja.

3. Kemudian toskan dan sejukkan bahan tadi dalam raga yang berlubang supaya air dari lobak dan sengkuang tadi kering. Kalau tak kering nanti waktu menggulung kulit koyak dan hasilnya tak cantik dan tak rangup.

4. Jiika bahan inti sudah kering dan sejuk, boleh mula menggulung.

5. Gulung jangan terlalu ketat atau padat. Inti pun jangan terlalu banyak, sedang-sedang saja supaya popia tak lemau atau lembik bila sejuk.

6. Lekatkan dengan air pada pada hujung gulungan supaya tak terbuka.

7. Jika sudah habis menggulung semua popia, boleh goreng garing-garing dengan api yang sederhana.

8. Toskan popia goreng bagi suam-suam atau sejuk sebelum disira.

Bahan sambal sira (untuk 50 pcs):

– 5 sudu besar cili kisar (10 tangkai cili kering dikisar bersama 1/2 labu bawang putih, sedikit air paras bahan dan kisar halus) ambil 5 sudu besar saja
– 15 sudu besar @ 1 1/2 cawan kopi gula pasir
– 2 sudu besar sos cili
– 1 sudu kecil perasa cukup rasa
– 2 sudu besar bijan
– 5 sudu besar/sedikit minyak masak

Cara mebuat sambal sira:

1. Tumis cili yang dikisar hingga pecah minyak.

2. Masukkan perasa cukup rasa, gula pasir, sos cili dan bijan. Kacau hingga pekat dan berbuih. Api sedang sahaja, jangan sesekali tambahkan air.

3. Gula memang guna lebih banyak dari cili. Itulah tips untuk bagi popia kekal rangup. Sos cili pula untuk bagi nampak berkilat cantik hasilnya.

4. Jika sudah pekat serta berbuih ganas, tutup api dan biarkan suam.

5. Jika sambal sudah suam, boleh terus masukkan popia yang sudah digoreng dan gaul sampai rata.

6. Susun popia dalam dulang atau talam tapi jangan susun bertindan-tindan atau bertindih-tindih. Kalau tak nanti popia tak kekal rangup. Bika dah sejuk baru boleh susun dalam bekas. Atau selepas sira boleh letak bawah kipas agar cepat sejuk.

Tips extra- Bahan inti boleh letak bahan lain seperti ayam, udang, daging mengikut selera masing-masing. Boleh juga ganti sayur dengan kubis atau tauge, yang penting tos sehingga kerig.

Sumber resipi dan gambar: Norafiza Kamarin

Baca juga: Cara Mudah Buat Tepung Pelita Versi Kacau, Satu Adunan Dapat 25 Bekas!

Wan N

Recent Posts

Madu Limau Kasturi Campur Halia, Buat Stok Siap-Siap Bila Musim Selesema

Madu limau kasturi untuk selesema ini sesuai dijadikan stok di rumah, terutama apabila tekak mula…

2 days ago

Resipi Lala Sos Tiram, Kuah Pekat Pedas Memang Buat Tak Cukup Sepinggan!

Resipi lala masak sos tiram antara hidangan yang biasa ditemui di meja makan kerana rasanya…

2 days ago

Petua Tauhu Tahan Lama, Ini 7 Cara Simpan Supaya Tak Cepat Masam & Berlendir

Petua tauhu tahan lama ini boleh dicuba kalau selalu beli tauhu tetapi tidak sempat masak…

2 days ago

Jangan Terkejut, Uncang Teh Rupanya Boleh Lepaskan Jutaan Mikroplastik Bila Direndam Air Panas!

Teh uncang memang mudah digunakan. Masukkan uncang ke dalam cawan, tuang air panas dan tunggu…

2 days ago

Resipi Terung Berlado Pecah Telur, Lauk Yang Ringkas Dibuat Tapi Membuka Selera!

Kali ini MyResipi ingin kongsikan resipi terung berlado pecah telur hasil rujukan daripada Puan Eniza…

2 days ago

Kek Pisang Moist, Guna Butter Campur Minyak Jadi Lebih Lembut & Tak Bantat

Dulu selalu buat kek pisang tetapi hasilnya bantat, malah ada yang naik elok dalam oven…

2 days ago