resepi pizza

Teringin nak makan pizza tapi malas nak keluar beli? Apa kata kita cuba buat sendiri menggunakan resepi pizza perkongsian oleh Puan Nina Nuar di bawah.

Resipi ini memerlukan 5 bahan sahaja. Selain itu, anda tak perlu bersusah payah menguli tepung kerana hanya menggunakan roti keping untuk doh.

Menurut empunya resipi juga, beliau sudah membuat beberapa kali dan sangat berpuas hati dengan hasilnya. Roti tetap lembut walaupun sudah sejuk. Jom cuba!

Baca juga: Biscoff Cheese Cake, Resipi SUPER Sedap, Lemak Berkrim Dan Gebu Tanpa Oven!

RESEPI PIZZA GUNA 5 BAHAN

Bahan-bahan yang diperlukan:

Cara membuatnya:

1. Sapu loyang dengan marjerin. Ketepikan.

2. Kisar roti guna food processor bersama sedikit susu. Jangan terlebih susu, nanti pizza jadi lembik. Kisar 5 keping terlebih dahulu, kemudian sambung kisar lagi 5 keping.

resepi pizza

3. Pastikan roti yang dikisar tidak terlalu keras dan tidak terlalu cair.

4. Kemudian, letak roti yang sudah dikisar ke dalam loyang. Ratakan.

5. Sapukan sos tomato ke atas keseluruhan roti.

6. Selepas itu, sapukan pula sos dalam tin sardin.

resepi pizza

7. Kemudian, taburkan isi sardin yang sudah dilenyek sehingga terkena rata. Letakkan juga kepingan keju.

8. Letakkan tungku besi kaki tiga ke dalam kuali dan terbalikkan seperti dalam gambar. Jangan letak air.

9. Seterusnya, letakkan loyang ke atas tungku tersebut. Tutup kuali dengan penutup dan buka api perlahan. Masak selama 45 hingga 60 minit.

10. Bila dah masak, boleh terus potong kepada beberapa bahagian mengikut cita rasa masing-masing. Selamat mencuba!

resepi pizza

Kredit resipi dan gambar: Nina Nuar

Baca juga: Cara Buat Biskut Semperit Tanpa Oven, Bakar Atas Dapur Gas Je!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN