Categories: Resipi

Resipi Perapan BBQ Sedap Tapi Guna Bahan Mudah, Sesuai Untuk Kambing, Ayam & Daging

Nak buat BBQ tapi tak tahu nak guna perapan apa? Ini dia resepi perapan BBQ yang pasti jadi kegemaran ramai! Bahan-bahannya ringkas tapi hasilnya memang padu.

Perapan ini adalah gabungan sos BBQ, lada hitam dan sedikit rempah, rasa dia cukup seimbang. Tak terlalu manis, tak terlalu pedas dan beraroma sedap masa dibakar.

Kalau nak lagi sedap, perap semalaman dalam peti sejuk. Esoknya bila bakar, daging akan jadi sangat lembut dan juicy. Memang terangkat! Sesuai untuk kambing, ayam atau daging.

Baca juga: Resipi Coleslaw Mudah, Tambah 1 Bahan Rahsia Ini Supaya Lagi ‘Creamy’ & Lazat!

RESEPI PERAPAN BBQ

Bahan-bahan:

  • 2 kg daging kambing, ayam atau daging lembu
  • 4 biji bawang merah besar**
  • 5 ulas bawang putih**
  • 4 batang serai**
  • 2 sudu besar cili kering**
  • 1 sudu besar lada hitam (tumbuk kasar)
  • ½ cawan sos BBQ
  • ½ cawan sos tiram
  • ½ cawan sos black pepper
  • ½ cawan kicap manis
  • 2 sudu besar gula pasir atau gula merah
  • ½ cawan minyak masak
  • 1 sudu besar rosemary kering
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • Sedikit pewarna oren (optional – untuk naikkan warna perapan)

Nota: Bahan bertanda ** perlu dikisar halus.

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan daging kambing, ayam atau daging lembu. Toskan dan ketepikan.
  2. Dalam bekas besar, satukan bahan-bahan kisar bersama semua jenis sos.
  3. Masukkan gula, minyak masak, lada hitam tumbuk, rosemary, serbuk cili dan pewarna oren.
  4. Gaul hingga betul-betul sebati.
  5. Masukkan daging ke dalam bahan perapan, gaul rata supaya semua bahagian bersalut dengan sempurna.
  6. Perap sekurang-kurangnya 2 jam. Tapi kalau nak rasa lebih sedap, perap semalaman dalam peti sejuk.
  7. Bakar atas arang atau grill hingga masak sempurna.
  8. Hidang panas-panas bersama sos Thai atau sos kegemaran.

Sumber: Rozmaliza Omar

Baca juga: Cara Buat Kentang Putar Homemade Lembut Berkrim, Anak-Anak Semua Puji Sedap!

Wan N

Recent Posts

Cara Buat Nasi Kak Wok Ala Kelantan, Resipi Mudah Dengan 3 Menu Pelengkap Wajib Ada!

Nasi kakwok merupakan hidangan yang sinonim dengan Kelantan dan biasanya terdiri daripada nasi putih yang…

34 mins ago

Kek Batik Coklat Crunchy, Tak Banyak Bahan Tapi Rasa Coklatnya Pekat Dan Memikat!

Kalau suka pencuci mulut yang mudah dibuat, kek batik coklat ini memang menarik untuk dicuba…

2 hours ago

Potong Bawang Sekali Seminggu, Ini Panduan ‘Pantry Prep’ Bagi Mudahkan Urusan Di Dapur

Jam baru menunjukkan pukul 6:30 petang. Anda baru sahaja sampai di rumah selepas redah kesesakan…

3 hours ago

Cara Menyimpan Daun Sup Supaya Tak Cepat Layu, Tip Ini Boleh Buat Tahan Berbulan!

Daun sup cepat layu walaupun baru beberapa hari dibeli? Cara menyimpan daun sup yang dikongsikan…

3 hours ago

Resipi Tempe Mendoan Bersalut Tepung Berempah, Sekeping Tak Cukup Bila Cicah Sos Ini!

Tempe mendoan merupakan antara hidangan yang popular dalam masakan Indonesia, terutama di Jawa. Tempe juga…

4 hours ago

Ayam Goreng Madu Pedas Ini Buat Ramai Tak Boleh Berhenti Makan, Rupanya Ini Rahsianya

Ayam goreng madu pedas sememangnya antara hidangan yang sukar ditolak, terutama bagi penggemar gabungan rasa…

4 hours ago