Tak susah sebenarnya nak sediakan hidangan lauk yang mudah tanpa perlu menggoreng atas kuali. Guna saja resepi perap ayam bakar ini, senang kerja memasak anda nanti.
Pernah dengar orang kata jika perap ayam semalaman, lauk akan jadi lebih sedap. Hal ini disebabkan ramuan perapan sudah sebati dengan elok bersama isi ayam.
Bukan setakat itu saja, malah isi ayam juga jadi lebih berjus dan sedap. Selain perapan ayam goreng, ada juga orang yang buat perapan ayam bakar yang sedap teramat.
Cik Merpati Putih telah sudi kongsikan resepi perap ayam bakar di Facebook yang terlajak mudah sampaikan ramai tak sabar nak buat sendiri di rumah. Jom kita cuba!
Baca juga: Perapan Ayam Penyet Paling Mudah Dan Sedap, Resipi Ini Gerenti Menjadi!
RESEPI PERAP AYAM BAKAR
Bahan-bahan:
- Ayam atau daging
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili kering
- Serai
- Serbuk kunyit
- Garam
- Gula (kena lebih)
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, kisar serai, bawang merah, bawang putih dan cili kering dengan sedikit air.
2. Selepas itu, tuangkan bahan kisar ke dalam bekas lain.
3. Masukkan garam, gula dan serbuk kunyit, kemudian kacau sebati.
4. Seterusnya, masukkan potongan ayam atau daging dan perap seketika (boleh perap semalaman jika nak lebih sedap).
5. Akhir sekali, boleh dibakar dengan menggunakan arang, ketuhar atau panggang dalam kuali saja. Siap untuk dihidang!
Resepi perap ayam bakar ini boleh digunakan untuk membuat pelbagai jenis hidangan mengikut kreativiti anda. Senang cerita, inilah resepi pelbagai guna yang patut anda cuba di rumah.
Sebagai contoh, lauk ini boleh disalutkan dengan madu yang manis dan dinikmati bersama nasi ayam yang sedap. Selain itu, nak buat hidangan ala Barat dengan menggandingkan kentang putar dan coleslaw pun boleh.
Kadangkala sibuk dengan tugas harian sampai tak sempat nak masak, jadi resepi ini boleh dijadikan stok lauk penyelamat di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Cik Merpati Putih
Baca juga: Cara Bakar Sate Ayam Paling Mudah Guna Oven, Tengok Hasilnya Memang Berbaloi