Categories: Resipi

Resepi Pepes Ayam, Kukus Sekejap Saja Tapi Bau Memikat Selera

Sesiapa di sini yang begitu sukakan otak-otak, pasti turut menyukai resepi Pepes Ayam yang enak. Ia merupakan makanan khas dari Jawa Barat, Indonesia.

Pepes Ayam cukup terkenal dengan gabungan bahan rempah dan balutan daun pisang yang menambahkan aroma kesedapannya.

Jika dilihat, Pepes Ayam ini rupa bentuknya sama seperti otak-otak, cuma ia menggunakan isi ayam yang dikisar.

Baca juga: Resipi Otak Otak Ayam Homemade, Buat Sendiri Boleh Makan Puas-Puas!

Jika anda ingin cuba buat sendiri di rumah, ikut saja resepi Pepes Ayam dengan langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Ailynn Haslynn di Facebook ini.

RESEPI PEPES AYAM

Bahan-bahan:

  • 2kg isi ayam (dicuci sebersihnya)
  • 2 biji telur
  • 2 sudu makan tepung ubi
  • Serbuk atau kiub pati ayam
  • 2 cawan santan pekat
  • Daun kunyit (dimayang halus)
  • 1 cawan air
  • Garam
  • Perasa
  • Gula
  • Daun pisang

Bahan kisar A:

  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • Sedikit halia
  • Cili kering (ikutlah nak banyak mana)
  • Sedikit serbuk kunyit (nak guna kunyit hidup pun boleh)

Bahan kisar B:

  • 2 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 2 sudu besar jintan kasar

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar sampai naik bau.

2. Masukkan 1 cawan air, biarkan sekejap baru masukkan serbuk pati ayam.

3. Apabila sudah mendidih, masukkan santan pekat, kemudian masukkan garam, perasa dan gula.

4. Biarkan mendidih dengan api sederhana tapi jangan sampai pecah minyak. Kena letak gula lebih sedikit supaya ada rasa pedas-pedas manis.

5. Apabila sudah masak, tutup api dan biarkan betul-betul sejuk.

6. Masukkan isi ayam yang telah dibersihkan tadi ke dalam pengisar, pecahkan telur dan kisar sehingga hancur atau halus. Jangan letak air tapi jika nak letak juga, letak sedikit saja.

7. Masukkan isi ayam kisar tadi ke dalam bekas, kemudian ambil kuah yang sudah disejukkan tadi.

8. Masukkan ke dalam ayam, tuang sedikit demi sedikit dan gaul-gaul rata. Kemudian tuang lagi kuahnya sehinggalah isi ayam tadi betul-betul meresap dengan kuahnya.

9. Sediakan daun pisang dan bolehlah bungkuskan.

10. Kukus selama 15 minit atau sehingga masak. Siap untuk dihidang!

Anda boleh nikmatinya sebagai minum petang bersama seisi keluarga di rumah. Makan panas-panas memang sedap, sampai tak toleh kiri kanan.

Selamat mencuba!

Sumber: Ailynn Haslynn

Baca juga: Resipi Pepes Ayam Yang Padat Dengan Isi, Sekali Cuba Pasti Nak Lagi!

Aimi

Recent Posts

Muruku Rangup Dan Tak Mudah Lemau, Ini 5 Tip Penting Yang Ramai Tak Tahu!

Muruku rangup antara kudapan yang cukup digemari ramai, lebih-lebih lagi apabila dinikmati bersama secawan teh…

1 hour ago

Biskut Red Pearl Pernah Dijual RM22 Sebalang, Ini Resipi Legend Yang Mudah Dibuat!

Biskut red pearl merupakan antara biskut raya klasik yang masih menarik untuk dicuba. Gabungan cornflakes,…

2 hours ago

Colek Jemput Malas Guna 1kg Tepung Gandum, Wanita Ini Kongsi Resipi Mudah Dan Jimat!

Ada banyak sayur di rumah tetapi buntu nak sediakan hidangan untuk minum petang? Apa kata…

3 hours ago

Cara Mudah Buat Cream Puff Inti Kastard, Saiz Kecil Molek Senang Nak Ngap!

Resepi cream puff custard ini memang sesuai dicuba kalau suka makan pastri kecil yang mudah…

3 hours ago

Resipi Muruku Mentega Yang Rangup Berlemak, Makan Segulung Gerenti Tak Cukup!

Butter murukku atau muruku mentega merupakan antara kudapan tradisional India yang cukup digemari kerana teksturnya…

3 hours ago

Ikan Masak Kicap Nampak Biasa, Tapi Rasa Kuahnya Memang Boleh Buat Ketagih!

Masak ikan kicap boleh dijadikan pilihan lauk untuk makan malam bersama keluarga. Gabungan rasa manis…

3 hours ago