Deepavali adalah antara perayaan kaum India yang diraikan setiap tahun. Tidak meriahlah sesebuah perayaan jika tidak dihidangkan dengan aneka hidangan yang enak kan? Salah satu makanan tersebut yang boleh dicuba adalah ‘resepi omapodi’.
Omapodi merupakan snek yang diperbuat dari adunan tepung kacang kuda, tepung beras dan rempah-ratus. Rupanya snek ini boleh disedia dengan mudah sahaja sebagaimana resipi perkongsian oleh Pushpalatha Rama Rao.
Baca juga: Nei Urundai, Salah Satu Kuih Tradisional Wajib Ada Ketika Sambutan Deepavali
RESEPI OMAPODI SNEK DEEPAVALI
Bahan-bahan:
- 1/2 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung kacang kuda
- 1/4 cawan tepung jagung
- 1/2 sudu kecil jintan kecil (ditumbuk)
- 1/2 sudu kecil bijan putih
- 1/2 sudu kecil bijian omam – ditumbuk (kalau tak dapat tak apa)
- Garam secukupnya
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu besar planta
- Air secukupnya
Cara-cara:
1. Satukan semua bahan dan kacau sehingga semua bahan menjadi seperti doh capati.
2. Guna acuan lubang kecil untuk hasilkan muruku kecil yang panjang-panjang. Kemudian goreng di dalam sehingga kuning keemasan.
3. Campurkan kacang tanah dan daun kari yang telah digoreng sehingga kuning keemasan.
4. Gaul sehingga semuanya bercampur rata. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Pushpalatha Rama Rao
Baca juga: Resipi Ayam Karahi Yang Mudah & Ringkas, Salah Satu Masakan Popular Di Pakistan!