resepi oden

Setiap kali musim hujan, ramai teringin makan makanan berkuah seperti sup dan hidangan paling pantas dibuat ialah resepi Oden.

Orang Jepun selalu masak Oden pada musim sejuk dengan bahan-bahan seperti telur rebus, tauhu, fishcake dan sebagainya yang diproses dan distew dalam sup soya dashi yang ringan.

Selain popular di Jepun, Oden juga cukup terkenal di kedai serbaneka di Malaysia seperti Family Mart. Ramai yang sering beli di situ kerana kuahnya sedap tak terkata.

Baru-baru ini, azuraaslinda telah kongsikan video di TikTok tentang resepi Oden yang pernah viral suatu ketika dulu. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Shellout Homemade Yang Simple, Macam Ini Lebih Puas Makan

RESEPI ODEN VIRAL

resepi oden

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus steamboat frozen
  • Sotong ball
  • Cendawan enoki
  • 2 paket pes tom yam Adabi
  • 2 paket sup siam Adabi
  • 1 paket pes asam pedas Adabi
  • 2 kiub ayam
  • 1 sudu besar gula
  • 2 liter air

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, letakkan 2 liter air terlebih dahulu ke dalam periuk.

2. Selepas itu, masukkan perencah pes tom yam, sup siam dan pes asam pedas. Pastikan tiada yang tertinggal.

3. Seterusnya, kacau sampai sebati dan masukkan kiub ayam, kemudian biarkan kuah mendidih.

resepi oden

4. Setelah kuah mendidih, masukkan gula dan kacau sampai sebati lagi, kemudian masukkan bahan steamboat frozen, sotong ball dan cendawan enoki.

5. Akhir sekali, tunggu masak sekejap dan boleh tutup api. Siap untuk dihidang!

Resepi Oden ini cukup ringkas dengan hanya menyediakan bahan yang diperlukan dan ia mudah dimasak pada bila-bila masa.

Hidangan Oden ini sangat sedap dimakan panas-panas, tambahan pula dengan musim hujan yang melanda sekarang membuatkan selera semakin terangkat apabila menghirup kuahnya.

Tak seperti makanan berkuah lain, bahan-bahan di dalam resepi Oden boleh ditukar mengikut citarasa orang yang memasaknya. Senang cerita, lebih puas jika buat sendiri di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: azuraaslinda

Baca juga: Resepi Nugget Homemade Tanpa Kukus, Campur-Campur Terus Goreng!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN