Resepi nasi tomato ini cukup mudah dan ringkas untuk dicuba. Sesiapa yang sudah lama mahu belajar cara membuatnya, boleh ikuti langkah-langkah yang dikongsikan oleh Puan Nor Atika Nazirah ini.
Menurut beliau, resipi ini dipelajari daripada arwah neneknya dan boleh dikatakan resipi turun-temurun keluarganya. Oleh itu, mari lihat perkongsiannya di bawah jika ada yang mahu mencuba!
Baca juga: Resipi Nasi Arab Mandy Ayam, Dijamin Sedap Setanding Macam Di Kedai!
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Mula-mula sekali, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, daun pandan dan 4 sekawan dalam periuk bersama minyak sapi.
2. Kemudian tumis sampai naik bau dan garing. Selepas itu, masukkan beras ke dalam bahan-bahan yang sudah ditumis tadi.
3. Tuang air bersama susu cair, tomato puree dan juga sunquick . Gaul sehingga sebati. Masukkan juga perasa, garam dan gula secukup rasa. Biar rasa lagi berlemak.
4. Akhir sekali boleh letak daun pandan, daun ketumbar dan juga daun pudina. Bila nasi dah masak, boleh tabur kacang peas hijau, daun ketumbar sedikit dan juga bawang goreng.
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan daun pandan dan 4 sekawan. Tumiskan bahan bertanda (*) yang sudah dikisar seperti resipi di atas.
2. Bila bahan tumis dah garing sikit dan naik bau. Boleh letak cili kisar. Tumis kesemuanya sehingga pecah minyak dan betul-betul masak kuahnya.
3. Kemudian, boleh letak ayam yang digoreng separuh masak. Gaul sehingga semuanya sebati. Tambah sedikit air bagi berkuah.
4. Seterusnya, boleh masukkan susu cair dan tomato puree. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
5. Akhir sekali letakkan juga hirisan tomato beserta daun pudina ke dalam ayam masak merah. Hiaskan juga dengan daun ketumbar, kacang peas dan bawang holland. (daun pudina berfungsi supaya menaikkan lagi bau dan bagi rasa lebih berlemak)
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Hiris semua bahan-bahan di atas. Satukan di dalam mangkuk.
2. Kemudian gaul semuanya sehingga bercampur rata.
3. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi tomato, ayam masak merah dan papadom. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Nor Atika Nazirah
Baca juga: Nasi Dagang Ikan Tongkol, Ini RAHSIA Masak Gulai Jadi Lebih Sedap
Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…
Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…
Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…
Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…
Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…
Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…