Setiap orang pasti ada hidangan yang menggamit memori bersama orang tersayang. Kali ini, kami nak kongsikan resepi Nasi Tomato simple yang cukup wangi dan lembut.
Nasi Tomato ialah sejenis nasi berperisa yang dimasak menggunakan beras (biasanya beras basmathi) bersama bahan-bahan seperti tomato puri, sup tomato, susu cair, bawang, rempah tumis dan minyak sapi.
Bagi Madie Dihah yang telah kongsikan resepi Nasi Tomato simple ini di Facebook, ia bukan sekadar hidangan tapi penuh dengan nilai sentimental. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Ayam Masak Merah Macam Kenduri Kahwin, Nak Dapat Kuah Pekat Elok Ini Rahsianya…
Bahan utama:
Bahan kisar:
Bahan tumis:
Bahan tambahan:
Sukatan air:
Cara-cara memasak:
1. Panaskan minyak sapi dan tumis 3 sekawan sampai naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar, tumis lagi sampai naik bau wangi dan kekuningan.
2. Tuangkan sup tomato, tomato puri, garam dan gula. Kacau sekata.
3. Masukkan beras basmathi yang sudah ditoskan, gaul rata. Tambahkan air dan susu cair mengikut sukatan.
4. Tutup periuk dan masak nasi seperti biasa. Boleh guna periuk nasi atau dapur biasa.
5. Setelah masak, kacau nasi perlahan-lahan dengan garfu untuk elak patah. Tabur daun pudina atau daun ketumbar untuk aroma segar. Nak tambah bawang goreng pun boleh.
Selamat mencuba!
Sumber: Madie Dihah
Baca juga: Cara Buat Nasi Tomato Ala Lauk Pengantin, Sebijik Macam Makan Di Kenduri
Cara simpan pisang yang betul boleh membantu melambatkan buah ini daripada menjadi terlalu lembik dan…
Buttermilk salmon ialah pilihan yang sesuai untuk makan malam, terutamanya apabila teringin nak makan sesuatu…
Majlis perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq atau BASS menarik perhatian ramai, bukan sahaja kerana…
Resepi ayam masam manis antara pilihan lauk yang sesuai dimasak untuk makan tengah hari atau…
Resepi ikan parang masak lemak cili api ini sesuai untuk penggemar masakan Melayu yang menyukai…
Cara buat donat kampung tanpa susu dan telur ini sesuai untuk yang nak menyediakan kuih…