
Resepi Nasi Kak Wok antara hidangan nasi campur kegemaran ramai kerana gabungan nasi putih panas, ayam goreng berempah, sambal belacan pedas dan gulai pekat yang cukup padu rasanya.
Walaupun sinonim dengan gerai popular, Nasi Kak Wok homemade sebenarnya boleh disediakan sendiri di rumah menggunakan bahan yang ringkas dan cara yang mudah.
Perkongsian resepi oleh Mazliza Ahmad ini membantu peminat Nasi Kak Wok melihat penyediaan setiap lauk dengan lebih jelas sebelum digabungkan bersama nasi.
Jom kita lihat cara penyediaan resepi Nasi Kak Wok versi homemade ini.
Baca juga: Cara Buat Sambal Nasi Kak Wok, Pedas Dan Manisnya Cukup Rasa!
RESEPI NASI KAK WOK VERSI HOMEMADE ASLI

Bahan-bahan ayam goreng:
- 7–8 ketul ayam (dipotong kecil)
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu makan rempah kari daging
- Garam dan perasa secukupnya
- 1 sudu makan tepung serbaguna berperisa pedas
Cara-cara penyediaan:
1. Gaulkan semua bahan bersama ayam hingga sebati.
2. Perapkan ayam selama kira-kira 30 minit supaya rempah meresap.
3. Goreng ayam dalam minyak panas hingga garing dan keemasan.
4. Angkat dan ketepikan.
Ayam goreng ini menjadi antara tarikan utama nasi kak wok sedap kerana rasanya yang berempah dan rangup di luar.

Bahan-bahan sambal belacan:
- 15–20 tangkai cili padi
- 1 inci belacan
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 5 biji limau kasturi (belah dua, buang biji)
- Garam, perasa dan gula secukupnya
Cara-cara penyediaan:
1. Goreng cili padi, belacan, bawang besar dan bawang putih dengan sedikit minyak hingga layu.
2. Tumbuk semua bahan bersama garam dan perasa hingga lumat.
3. Masukkan gula dan perahkan jus limau kasturi.
4. Masukkan 3–4 keping kulit limau kasturi dan gaul rata. Ketepikan.
Sambal belacan ini memberikan rasa pedas dan masam yang menjadi identiti resepi nasi kak wok asli.

Bahan-bahan gulai:
- Tulang dan kaki ayam (dicincang kecil)
- 2 biji bawang besar (dihiris nipis)
- 4 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 inci halia
- 2 paket kecil rempah kari daging
- ½ paket kecil rempah kerutub
- 1 biji terung (dipotong kecil)
- 3–4 batang kacang panjang (dipatahkan)
- ½ kotak kecil santan
- 2 keping asam keping
- 1 sudu makan gula merah
- 1 sudu makan gula putih
- Garam dan perasa secukupnya
Cara-cara penyediaan:
1. Bancuh kedua-dua rempah dengan sedikit air hingga sebati.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga garing dan naik bau.
3. Masukkan bancuhan rempah dan tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan satu mangkuk air, diikuti tulang ayam dan sayur.
5. Masukkan gula merah, gula putih, garam dan perasa.
6. Masukkan asam keping dan santan.
7. Kacau perlahan dan seimbangkan rasa serta kepekatan kuah.
8. Masak hingga gulai pekat dan beraroma.
Gulai inilah yang menjadikan cara buat nasi kak wok terasa lengkap dan cukup rasa.
Sebagai pelengkap nasi kak wok:
- Masak nasi putih seperti biasa
- Masukkan 2–3 helai daun pandan untuk aroma nasi yang lebih wangi
Hidangkan nasi putih bersama ayam goreng, sambal belacan dan gulai pekat untuk mendapatkan rasa Nasi Kak Wok homemade yang benar-benar padu.
Dengan bahan yang mudah dan langkah yang jelas, resepi ini membuktikan bahawa Nasi Kak Wok simple pun boleh jadi sangat sedap jika dimasak dengan betul.
Jika anda sedang mencari resepi Nasi Kak Wok sedap, asli dan mudah, inilah versi yang boleh dicuba sendiri di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Mazliza Ahmad
Baca juga: Resipi Nasi Ayam Homemade, Lengkap Dengan Sup, Kicap & Sambal Yang Penuh Rasa!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














