nasi jagung

Apabila sebut sahaja nasi jagung, pasti ramai yang akan membayangkan nasi yang wangi, lembut dan mempunyai sedikit rasa manis daripada jagung.

Resipi nasi jagung yang kami kongsikan ini sangat mudah diikuti. Aroma nasi yang sedang dimasak akan memenuhi dapur dan membangkitkan selera sesiapa sahaja.

Dengan mengikuti langkah-langkah ini, hasilnya akan menjadi nasi jagung yang berderai cantik dan sedap sehingga setiap orang akan menikmati hidangan ini dengan puas hati.

Baca juga: Resipi Nasi Arab Kabsah Lengkap Dengan Bahan Sampingan, Sedap Ya Habibi Macam Makan Di Restoran!

RESEPI NASI JAGUNG BERDERAI CANTIK SEBIJI-SEBIJI

nasi jagung

Bahan-bahan:

  • 1 kg beras basmathi
  • ½ tin susu cair
  • ½ tin jagung (gunakan jagung biji, bukan creamer)
  • 10 biji bawang merah kecil (dikisar/blend)
  • 8 ulas bawang putih (dikisar/blend)
  • 1 inci halia (dihiris halus)
  • Rempah 4 sekawan (pak kecil)
  • 5 sudu minyak jagung (untuk menumis bawang)
  • 3 sudu marjerin atau butter (ditambah selepas nasi masak untuk lebih lembut)
  • Garam secukup rasa
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit daun ketumbar (jika ada)
  • Air secukupnya (nisbah 1:1 dengan beras)

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak jagung dalam periuk. Tumiskan rempah 4 sekawan, bawang merah, bawang putih dan daun pandan sehingga naik bau dan kekuningan.
  2. Masukkan air dan susu cair. Tambah hirisan halia dan garam secukupnya. Biarkan mendidih.
  3. Setelah air mendidih, masukkan beras yang telah dicuci bersih. Biarkan mendidih. Untuk mendapatkan nasi yang panjang dan tidak patah, kacau perlahan apabila air masih banyak. Jangan kacau terlalu kerap.
  4. Masukkan jagung dan daun ketumbar. Biarkan nasi masak sepenuhnya dengan api sederhana.
  5. Apabila nasi sudah hampir masak, masukkan marjerin atau butter supaya nasi lebih lembut dan wangi. Gaul perlahan.
  6. Siap untuk dihidang! Taburkan bawang goreng di atas nasi untuk rasa yang lebih sedap dan aroma yang wangi.

Sumber resipi dan gambar: Faizah Md Zain

Baca juga: Rahsia Masak Nasi Ayam Sedap Dari Bekas Peniaga, Confirm Tak Cari Resipi Lain!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN