resepi nasi impit goreng

Kalau ada lebihan nasi impit di rumah dan tak tahu nak masak apa, ini antara idea paling menjadi! Resepi nasi impit goreng ini bukan saja mudah, malah cukup lengkap rasanya dengan pedas, berempah dan sangat mengenyangkan.

Menu ringkas ala kampung ini memang sesuai untuk hidangan bila-bila masa. Dengan gabungan bahan kisar, ayam dan sayur, sekali masak terus jadi lauk kegemaran satu keluarga!

Baca juga: Petua Nasi Impit Tahan Lama Dan Tak Cepat Basi, Kekal Lembut Berhari-Hari!

RESEPI NASI IMPIT GORENG KAMPUNG

resepi nasi impit goreng

Bahan-bahan:

  • 5 biji bawang kecil
  • 7 ulas bawang putih
  • 9 biji cili
  • 1 sudu besar belacan
  • 1 sudu besar ikan bilis
  • 3 ketul (600g) dada ayam
  • 3 biji telur
  • 15 ketul nasi impit mini
  • 1 batang lobak merah (hiris)
  • 1 ikat kangkung
  • Bawang goreng
  • Daun sup

Cara-cara penyediaan:

1. Kisar bahan utama

Kisar bawang kecil, bawang putih, cili, belacan dan ikan bilis sehingga sedikit kasar.

2. Sediakan ayam

Rebus atau goreng dada ayam hingga masak, kemudian siat halus.

3. Tumis hingga pecah minyak

Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing.

4. Masukkan isi ayam

Gaul hingga sebati dengan bahan tumis.

5. Masukkan telur

Pecahkan telur dan kacau hingga jadi hancur.

6. Masukkan nasi impit

Potong kecil nasi impit, masukkan ke dalam kuali dan gaul rata.

7. Tambah sayur

Masukkan lobak merah dan kangkung, kacau hingga layu.

8. Perasakan

Tambah garam secukupnya atau ikut selera.

9. Siap dihidang

Tabur bawang goreng dan daun sup untuk menaikkan aroma.

Tip Resepi Nasi Impit Goreng Jadi Lebih Sedap:

  • Tambah kicap manis untuk rasa lebih berempah dan berwarna cantik
  • Guna cili padi jika nak lebih pedas
  • Jangan goreng terlalu lama supaya nasi impit tak hancur
  • Pastikan bahan tumis betul-betul masak untuk rasa lebih ‘kick’

Dengan hanya beberapa langkah mudah, resepi nasi impit goreng ini boleh jadi menu kegemaran keluarga. Rasa dia memang cukup lengkap dengan pedas, masin, beraroma dan mengenyangkan. Kalau dah cuba sekali, confirm akan ulang banyak kali.

Selamat mencuba!

Sumber: Noor Ashikin Saerah

Baca juga: Cara Buat Nasi Impit Goreng Pedas Yang Pasti Sedap, Padu Sampai Tak Cukup Sepinggan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN