Resipi nasi goreng telur ‘Chinese style’ ini sesuai untuk kanak-kanak atau orang yang tidak suka makanan pedas.
Bahan wajib ada dalam resipi ini adalah ‘udang kertas’. Ia memberi aroma yang wangi sekaligus membuatkan nasi goreng menjadi lebih sedap.
Cara memasaknya juga cukup mudah dan ringkas. Dalam masa 5 minit saja. anda sudah boleh memasak satu hidangan ini.
Kalau ada yang nak cuba, ikuti resipi lengkap perkongsian oleh Emily Woo di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: Resipi Bihun Goreng Siam, Nak Sedap Wajib Letak 2 Bahan Ini
1. Goreng udang kertas di dalam minyak sehingga garing dan bertukar warna keperangan, tapi jangan sampai hangus. Angkat dan toskan minyak (lapik pinggan dengan tisu). Ketepikan.
2. Pecahkan 3 biji telur ke dalam mangkuk. Perasakan dengan sedikit serbuk cendawan. Pukul sekejap menggunakan garpu.
3. Kemudian tuangkan telur ke dalam minyak Kacau telur sedikit supaya menjadi seperti scramble egg. Kemudian angkat dan ketepikan seketika.
3. Tumis bawang putih yang sudah dicicang sehingga naik bau dan keperangan.
4. Kemudian masukkan 2 cawan nasi. Gaul sehingga nasi panas dan rata.
5. Seterusnya masukkan telur hancur, daun bawang, soy sos dan serbuk cendawan/msg secukupnya. Gaul lagi sehingga semuanya bercampur rata.
5. Sedia untuk dihidangkan ke dalam mangkuk. Jangan lupa taburkan udang kertas yang sudah digoreng tadi. Selamat mencuba!
Kredit resipi: Emily Voo
Baca juga: Resipi Nasi Goreng Kicap. Bukan Biasa-Biasa, Rasa Memang Power!
Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…
Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…
Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…
Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…
Kulat sisir masak lemak merupakan hidangan klasik yang tidak pernah mengecewakan dan kali ini kita…
Telur puyuh masam manis adalah hidangan ringkas yang mampu memikat selera dengan rasa manis, masam…