Pasti ramai yang tidak pernah mencuba nasi ghee kan? Ia merupakan salah satu menu popular jika pergi ke restoran India di Singapura.
Ghee rie mempunyai bau yang sangat wangi dan harum semerbak. Rasanya juga sangat ringan apabila disuap ke mulut dan tidak mempunyai rasa berempah sama sekali.
Ia juga sangat sesuai jika digandingkan dengan lauk pauk seperti kari, dalca, ayam butter, ayam bakar dan sebagainya.
Cara penyediaannya juga cukup mudah, hanya memerlukan 4 bahan iaitu beras basmathi, garam, buah pelaga dan minyak sapi ghee.
Jika ada yang tertanya-tanya bagaimakah rasa nasi ghee ini, jom kita cuba buat sendiri di rumah menggunakan resipi perkongsian oleh Habibah Badar Bajrai di bawah.
Baca juga: Dalca Ayam Dan Sayuran Cara MUDAH, Masakan India Kegemaran Ramai
RESIPI NASI GHEE ALA KEDAI INDIA SINGAPURA
Bahan-bahan:
- Beras basmathi
- Garam
- Buah pelaga
- Minyak sapi Ghee
Cara memasak:
1. Basuh beras basmathi dan masak nasi macam biasa. Kemudian, letakkan garam dan buah pelaga secukupnya.
2. Bila nasi dah kering, masukkan Ghee dan gaul sehingga agak rata keseluruhan nasi.
3. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama lauk-lauk sampingan yang bersesuaian. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Habibah Badar Bajrai
Baca juga: Ayam Varuval Resipi Mudah, Antara Masakan India Yang Popular