Categories: Resipi

Cara Masak Nasi Daging Utara Yang Empuk, Resipi Lengkap Dengan Sambal Air Asam Kerisik

Sedang mencari resepi nasi daging utara yang sedap? Resipi ini wajib dicuba! Hidangan klasik dari negeri utara ini terkenal dengan nasi yang wangi, daging empuk dan sambal kerisik pekat.

Berbeza dengan nasi daging biasa, versi utara menggunakan rempah pilihan dan air rebusan daging, ditambah daun pandan, serai dan sedikit susu cair, menjadikan nasi wangi, lembut dan penuh rasa.

Baca juga: Resipi Nasi Arab Tanpa Guna Rempah Segera, Puas Hati Makan Bila Buat Sendiri!

RESEPI NASI DAGING UTARA & SAMBAL AIR ASAM KERISIK

Bahan-bahan rebusan daging:

  • 1 kg daging (potong kiub kecil)
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

Cara memasak rebusan daging:

  1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan lada hitam.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar tadi hingga wangi.
  3. Masukkan rempah kurma dan serbuk jintan manis. Tumis sehingga sedikit pecah minyak.
  4. Masukkan air, daging dan garam. Masak sehingga daging empuk.
  5. Setelah daging empuk, keluarkan dan potong nipis-nipis.
  6. Ambil separuh air rebusan untuk sup (boleh tambahkan daun sup dan bawang goreng). Separuh lagi gunakan untuk memasak nasi supaya nasi lebih wangi dan berperisa.

Bahan-bahan nasi:

  • 2 1/2 pot beras (cuci dan rendam 5 minit)
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 2 inci halia (kisar)
  • 4 sekawan: bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, pelaga
  • 1 sudu besar butter atau ghee untuk menumis
  • 2 helai daun pandan (simpulkan)
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 3/4 cawan susu cair (jika suka)
  • Air rebusan daging secukupnya

Cara memasak nasi:

  1. Panaskan butter atau ghee, tumis bawang hiris, bahan kisar dan 4 sekawan sehingga wangi.
  2. Masukkan daun pandan dan serai. Tumis sekejap hingga naik bau.
  3. Masukkan beras, susu cair (kalau pakai) dan air rebusan daging. Sukat air ikut kedalaman beras, biasanya air menutupi beras sedikit sahaja.
  4. Masak dalam rice cooker sehingga nasi masak sepenuhnya.

Bahan-bahan sambal air asam kerisik:

  • 3 biji cili merah besar
  • 6 biji cili padi (ikut tahap kepedasan)
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 2 inci belacan bakar
  • 2 biji tomato (1/2 untuk kisar, baki hiris)
  • 1 sudu besar kerisik (boleh tambah ikut citarasa)
  • 1/2 biji air limau kasturi (optional)
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam & gula secukupnya

Cara membuat sambal:

  1. Kisar semua bahan kecuali kerisik, bawang besar dan tomato. Kisar tomato separuh sahaja, baki dihiris kasar.
  2. Setelah siap kisar, campurkan hirisan bawang, tomato dan kerisik. Jika suka, boleh tambah cili merah atau cili padi hiris.
  3. Perasakan dengan gula, garam dan jus limau kasturi mengikut citarasa. Rasa dahulu sebelum tambah limau supaya sesuai dengan tekak masing-masing.

Sumber: Nazz Mernas

Baca juga: Cara Masak Sambal Daging Yang Cepat Empuk Dan Berkilat, Kena Ikut Tips Penting Ini!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Simpan Tauge Agar Kekal Rangup & Tak Cepat Hitam, Tak Sangka Cuma Perlu 1 Bahan Ini Je!

Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…

9 hours ago

Cara Masak Udang Buttermilk, Kuah Creamy Berlemak Tapi Tak Muak Ini Pasti Disukai Ramai!

Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…

9 hours ago

Resipi Tomyam Viral Fizo Omar, Masam Pedas Berlemak Memang Sedap Hirup Dengan Nasi!

Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…

10 hours ago

Lelaki Kongsi Ramuan Turun Kencing Manis & Darah Tinggi Dengan Cepat, Ramai Komen Menjadi!

Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…

11 hours ago

Petua Lembutkan Daging Itik Yang Liat, Ini Rahsia Supaya Isinya Empuk Dan Sedap!

Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…

11 hours ago

Resipi Pajeri Kedondong, Kuah Pekat Berlemak Dengan Rasa Masam Buah Yang Menyelerakan

Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…

11 hours ago