
Kalau anda sedang mencari resepi air asam kerisik yang mudah, sedap dan memang ngam dimakan dengan ikan bakar, resipi ini memang wajib cuba.
Gabungan rasa pedas, masam dan aroma kerisik yang wangi pasti buat sesiapa sahaja akan meleleh air liur. Sekali cuba, dijamin nak ulang buat lagi.
Walaupun hanya menggunakan bahan-bahan asas dapur, rasanya tetap padu dan menyengat. Bila cicah dengan ikan bakar panas-panas, lain macam nikmatnya!
Baca juga: Cara Mudah Buat Sos Cili Thai Homemade, Cicah Apa Pun Auto Jadi Sedap!
RESEPI AIR ASAM KERISIK

Bahan-bahan:
- Tomato 2 biji (dipotong dadu)
- Bawang besar 1 biji (dihiris)
- Cabai melaka 10–15 biji (ikut selera pedas)*
- Cabai besar 1 biji (ikut selera pedas)*
- Belacan 2 inci (dihiris kasar)*
- Air asam jawa secukup rasa (ikut tahap masam yang disukai)
- Air limau nipis 1 biji (diperah jusnya)
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Gula somtam (optional) secukup rasa
- Kerisik 1 sudu kecil (jangan terlalu banyak, takut rasa kerisik terlebih kuat)
Bahan-bahan:
- Masukkan cabai melaka, cabai besar dan belacan ke dalam pengisar, kemudian kisar sehingga halus.
- Potong bawang besar dan tomato seperti dalam bahan-bahan.
- Campurkan bahan yang telah diblend dengan bawang dan tomato dalam mangkuk. Tambahkan air asam jawa, air limau nipis, garam, gula dan gula somtam (jika guna).
- Ramas semua bahan dengan tangan sehingga sebati. Cara ini lebih sedap berbanding menggunakan sudu. (Jangan terlalu berlebihan, cukup sekadar sebati)
- Akhir sekali, masukkan kerisik dan ramas lagi sekejap. Air asam kerisik sedia untuk dihidangkan!
Sumber: Hakikah Shamsudin
Baca juga: Resipi Sambal Belacan ‘Power’, Gerenti Sedap Sampai Nak Cicah Hari-Hari!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














