sambal daging

Kalau dah biasa buat sambal ayam atau sambal udang, kali ini jom cuba resepi sambal daging yang tak kurang hebatnya juga. Resipi ini juga boleh disesuaikan tahap kepedasannya mengikut selera masing-masing.

Selain itu, terdapat beberapa tip penting untuk menghasilkan sambal daging yang berkilat dan cepat empuk. Kalau nak tahu tipnya, teruskan membaca artikel ini untuk panduan lengkap.

Baca juga: Resipi Dalca Daging Pekat Memikat, Masak Di Rumah Tapi Rasa Macam Kenduri!

RESEPI SAMBAL DAGING

sambal daging

Bahan-bahan:

  • 500g daging (hiris nipis atau potong kecil)
  • 15–20 biji cili kering (direbus sehingga lembut)
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2–3 sudu besar gula melaka/gula merah
  • 1 sudu kecil garam (ikut rasa)
  • 1 sudu besar air asam jawa

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumis bahan kisar (cili, bawang merah, bawang putih) sehingga pecah minyak dan naik bau harum.
  3. Masukkan garam, gula melaka dan air asam jawa. Kacau rata.
  4. Masukkan daging dan gaul sehingga rata. Masak sehingga sambal pekat dan daging empuk.
  5. Biarkan sambal kering sedikit supaya rasanya lebih sedap dan tahan lebih lama.

Tips supaya lagi sedap:

  • Masak sambal lama sedikit supaya kering dan berkilat.
  • Gunakan bahagian daging batang pinang atau topside untuk hasil cepat empuk.
  • Tambahkan sedikit kicap jika mahu versi sambal lebih gelap dan manis.

Sumber: Danish Batrisya

Baca juga: Daging Masak Kicap Chinese Style, Bau Wangi Dan Rasa Umami Yang Padu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN