resepi nasi dagang terengganu

Resepi nasi dagang Terengganu antara hidangan tradisional yang ramai suka, tak kira orang Pantai Timur atau tidak. Gabungan nasi berlemak, gulai yang pekat berempah dan acar yang segar memang cukup membuka selera.

Resipi ini menggunakan cara yang lebih ringkas tanpa perlu kukus berulang kali. Hanya masak menggunakan rice cooker, hasilnya tetap lembut, beraroma dan sedap dimakan bersama gulai ayam atau ikan tongkol.

Kalau nak hidangkan untuk keluarga, jamu jiran atau rumah terbuka, memang sesuai sangat. Sekali masak, boleh makan ramai-ramai. Dijamin semua yang makan akan puji sedap.

Baca juga: Resipi Laksa Sarawak Berkuah Pekat & Wangi, Semua Yang Makan Pasti Puji Melangit!

RESEPI NASI DAGANG TERENGGANU

resepi nasi dagang terengganu

Bahan-bahan nasi dagang:

  • 3 pot beras basmathi (Pusa Gold)
  • 1 pot beras pulut
  • 2 sudu kecil halba
  • 5 ½ pot santan + air (2 pot santan pekat + 3 ½ pot air)
  • Halia (dihiris memanjang)
  • Bawang merah (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Garam secukupnya
  • Sedikit gula

Cara memasak nasi dagang:

  1. Satukan beras basmathi dan beras pulut. Basuh hingga bersih, kemudian rendam selama 30 minit.
  2. Toskan air dan masukkan beras ke dalam rice cooker.
  3. Tambahkan santan, halia, bawang merah, bawang putih, halba, garam dan sedikit gula.
  4. Masak seperti biasa sehingga nasi masak dan lembut.

Tip: Kalau nak kukus, rendam beras lebih lama supaya masa mengukus jadi lebih singkat.

Bahan-bahan gulai (ayam atau ikan tongkol):

  • Ayam atau ikan tongkol (Ikan tongkol perlu direbus bersama asam keping dan garam hingga air hampir kering)
  • 3 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan kasar
  • 1 sudu besar serbuk jintan halus
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu kecil lengkuas kisar
  • 2 cawan santan
  • 2 sudu besar kerisik
  • Sedikit gula melaka
  • Belimbing buluh secukupnya
  • Cili padi secukupnya
  • Garam secukupnya

Nota: Jika guna rempah gulai siap seperti Cap Bunga Rose, tak perlu masukkan serbuk ketumbar dan jintan.

Cara memasak gulai:

  1. Tumis bahan kisar (bawang, halia, lengkuas) bersama cili kisar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan serbuk ketumbar, jintan kasar dan jintan halus. Tambah sedikit air supaya tidak hangus dan masak hingga rempah garing serta wangi.
  3. Tuangkan santan, masukkan gula melaka, ayam atau ikan tongkol bersama air rebusannya. Masak hingga mendidih.
  4. Masukkan kerisik, garam, belimbing buluh dan cili padi.
  5. Masak seketika hingga kuah sedikit pekat, kemudian tutup api.

Bahan-bahan acar:

  • Timun
  • Lobak merah
  • Bawang merah
  • Cili merah
  • Cuka
  • Gula
  • Garam

Cara membuat acar:

  1. Potong timun dan lobak merah memanjang. Hiris nipis bawang merah dan cili merah.
  2. Gaulkan bersama cuka, gula dan garam hingga sebati.

Sumber: Amy Marina Ahmad

Baca juga: Resipi Nasi Khao Mok Thailand Yang Wangi Berempah, Lengkap Dengan Sos Pencicah Pedas Masam

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN