nasi khao mok

Kalau anda pernah makan nasi khao mok di kedai Thai, mesti perasan aromanya memang wangi dan menyelerakan. Nasi berempah ini biasanya dihidangkan bersama ayam goreng yang diperap rempah serta sos pencicah pedas masam yang cukup membuka selera.

Sebenarnya menu ini tidaklah susah untuk dibuat di rumah. Dengan menggunakan beras basmati, rempah khas nasi khao mok dan ayam yang diperap rapi, hasilnya memang boleh jadi sedap macam di restoran Thai.

Lagi sedap kalau makan panas-panas bersama sos colek yang pedas, masam dan sedikit manis. Jadi, kalau teringin nak cuba buat sendiri di rumah untuk hidangan keluarga, boleh ikut resipi nasi khao mok Thailand yang dikongsikan oleh Encik Khaled M. A. Abdul-jawad di bawah.

Baca juga: Rahsia Masak Nasi Ayam Sedap Dari Bekas Peniaga, Confirm Tak Cari Resipi Lain!

RESEPI NASI KHAO MOK THAI

nasi khao mok

Bahan-bahan sos pencicah:

  • 3–4 ulas bawang putih
  • 4 biji cili merah
  • 5–6 biji cili padi
  • Akar daun ketumbar
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • 2 sudu cuka
  • Sedikit air
  • Daun ketumbar (untuk tabur)

Cara membuat sos pencicah:

  1. Masukkan bawang putih, cili merah, cili padi dan akar daun ketumbar ke dalam pengisar.
  2. Tambahkan sedikit air, garam, gula dan cuka, kemudian kisar hingga halus.
  3. Tuang bahan kisar ke dalam periuk kecil dan masak di atas dapur dengan api sederhana.
  4. Biarkan hingga sos sedikit pekat. Setelah siap, taburkan daun ketumbar di atasnya. Ketepikan dahulu.

Bahan-bahan perapan ayam:

  • 4 batang serai
  • Sedikit daun ketumbar
  • Kunyit hidup
  • Sedikit kunyit serbuk
  • 1 labu bawang putih
  • Halia
  • 1 sudu tepung gandum
  • Sedikit pewarna merah
  • Sedikit garam atau secukup rasa
  • Ayam (dipotong sederhana)

Cara perap ayam:

  1. Masukkan serai, daun ketumbar, kunyit hidup, bawang putih dan halia ke dalam pengisar. Tambahkan sedikit kunyit serbuk, tepung gandum, pewarna merah dan garam. Kisar hingga halus.
  2. Gaulkan bahan kisar bersama ayam hingga sebati. Perap ayam sekurang-kurangnya selama 1 jam supaya rempah meresap.
  3. Selepas diperap, goreng ayam hingga masak dan keperangan. Ketepikan untuk dihidangkan bersama nasi nanti.

Bahan-bahan nasi khao mok:

  • 1 kg beras basmati (dibasuh bersih dan ditoskan)
  • Serbuk nasi khao mok (boleh dapatkan di pasar atau kedai runcit)
  • Sedikit kunyit serbuk
  • Air secukupnya (ikut sukatan beras)
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa
  • Ayam yang telah diperap

Cara memasak nasi khao mok:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Masukkan serbuk nasi dan sedikit kunyit serbuk, kemudian tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam yang telah diperap dan ketuk sedikit ayam supaya keluar airnya.
  3. Tuangkan air mengikut sukatan beras.
  4. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Setelah kuah mula mendidih, masukkan beras basmati yang telah ditoskan.
  5. Masak seperti biasa hingga nasi kering dan masak sempurna. Gaulkan perlahan supaya nasi tidak hancur.

Sumber: Khaled M. A. Abdul-jawad

Baca juga: Resipi Nasi Tomato Versi Paling ‘Surrr’, Hidangan Lengkap Dengan Ayam Masak Merah & Jelatah Timun

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN