Jom cuba resepi nasi beriani ini jika ada yang teringin nak makan. Lagi puas hati dan berbaloi-baloi.
Selepas ini tak perlu tunggu kenduri pun boleh makan nasi beriani, boleh buat sendiri saja di rumah!
Cara penyediaannya tidak susah mana jika anda ikuti resipi yang dikongsikan oleh Cikgu Afy Al Habibi di bawah.
Baca juga: Nasi Goreng Telur ‘Chinese Style’ Yang Harum Semerbak, 5 Minit Dah Siap Masak!
RESEPI NASI BERIANI
(Untuk 1 pot beras)
1. Tumis 1 sudu butter atau minyak sapi dalam kuali. Kemudin masukkan bahan hirisan:
- 2 hiris halia
- 1 biji bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- Setangkai daun kari
- 2 helai daun pandan
2. Masukkan pula 1 sudu besar rempah beriani. Kacau dalam api perlahan.
3. Selepas sedikit garing, masukkan sedikit air dan susu pekat serta secubit garam. Ketepikan.
4. Dalam periuk yang sudah dibasuh beras basmathi, satukan pes tadi. Tambah air secukupnya. (sukat air nisbah 1 : 1.5)
5. Masak nasi seperti biasa hingga airnya kering.
6. Biarkan nasi selepas masak seketika.
7. Kemudian, titiskan beberapa titik pewarna kuning telur pada setiap lubang bahagian atas nasi.
7. Gemburkan perlahan. Taburkan kismis, daun sup dan bawang goreng.
8. Siap untuk dihidangkan.
RESEPI NASI BERIANI – PAJERI NENAS
(Untuk sebiji nenas saiz sederhana)
1. Sediakan bahan kisar.
- 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
- 1 sudu besar udang kering
- Sehiris nipis halia dan lengkuas
2. Panaskan minyak secukupnya. Tumis 3 sekawan hingga wangi.
3. Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Selepas garing, masukkan 1/2 sudu kecil cili kisar.
4. Masukkan pula 2 sudu besar rempah kari. Kacau rata dalam api perlahan.
5. Seterusnya, masukkan segelas air kosong. Biarkan pes mendidih sehingga pecah minyak. Perasakan dengan garam, nise atau gula melaka dan gula putih.
6. Masukkan 3 sudip santan kotak. Tidak perlu tambahkan air kerana air nenas akan terhasil.
7. Seterusnya, masukkan 1/2 sudu besar kerisik. Kacau rata.
8. Barulah masukkan pula nenas yang dihiris bulat.
9. Balikkan sekali-sekala sehingga nenas sedikit lembut.
10. Tutup api selepas semua rasa sebati. Selamat mencuba.
RESEPI SOTONG MADU
(2 ekor sotong besar)
1. Kelarkan bahagian atas sotong seperti dalam gambar. Keringkan.
2. Perap dengan bahan kisar di bawah:
- 3 sudu gula
- Sehiris nipis halia
- 3 hiris bulat serai
- 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih+ketumbar
- 1 sudu kecil serbuk cili Baba’s
- Setitik pewarna merah
- Setitik kicap lemak
- Secubit garam
3. Panaskan pan. Masukkan sedikit butter.
4. Grill sotong sehingga masak.
5. Lebihan sos yang diperap tadi, masukkan ke dalam pan. Salut sekali dengan sotong.
6. Siap untuk sotong madu yang lazat.
RESEPI ACAR TIMUN
1. Hiris bahan-bahan seperti dalam gambar:
- 1/2 biji timun batang jepun
- 1/4 carrot
- 1 biji bawang merah
- 1 tangkai cili hijau dan merah
2. Dalam bekas, masukkan:
- 3 sudu besar cuka
- 1 sudu besar gula
- Secubit dua garam
3. Satukan bahan di atas. Biarkan dalam peti sejuk seketika.
4. Sedia untuk dihidangkan.
Kredit: Afy Al Habibi
Baca juga: Resipi Nasi Jagung Special & Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan