Tak susah pun nak sediakan hidangan lengkap untuk seisi keluarga di rumah, anda hanya perlu buat resepi Nasi Ayam Penyet yang cukup mudah.
Resepi Nasi Ayam Penyet yang dikongsikan oleh Yusniza Zaiz di Facebook ini boleh dikatakan antara yang ringkas tapi lengkap segalanya. Jom kita cuba!
Baca juga: Nasi Ayam Claypot, Rasa Sebijik Macam Makan Di Food Court
RESEPI NASI AYAM PENYET
Bahan-bahan untuk ayam:
- 2 sudu biji ketumbar (disangai)
- 2 sudu jintan manis (disangai)
- 4 bawang merah
- 4 bawang putih
- 2 batang serai
- 2cm halia
- Sedikit lada hitam
- Kunyit hidup atau serbuk
Bahan-bahan untuk goreng ayam:
- Tepung beras
- Air
- 2 sudu pes ayam
- Garam
Bahan-bahan untuk sambal:
- 2 biji bawang besar
- 6 ulas bawang putih
- 7 biji cabai besar
- Cabai melaka vietnam (ikut suka nak banyak mana)
- Sedikit belacan
Bahan-bahan untuk sup:
- Air reneh ayam
- Air (tambahan)
- Garam
- Sedikit halia
- Sedikit lada
- Daun sup
Bahan-bahan untuk ulam:
- Timun
- Kobis
- Kacang panjang
- Salad wangi
Cara-cara menyediakan ayam:
1. Mula-mula, kisar semua bahan untuk ayam dengan sedikit air untuk dijadikan *pes* (asingkan 2 sudu pes untuk goreng ayam)
2. Selepas itu reneh ayam dengan air, *pes*, pati ayam dan sedikit garam sampai ayam masak. Angkat dan toskan. Jangan buang airnya sebab nak pakai untuk buat sup.
3. Campurkan tepung beras, air, 2 sudu pes tadi dan garam, kemudian salut ayam.
4. Setelah itu, bolehlah goreng ayam sehingga garing dengan api sederhana sebab ayam sudah pun masak tadi. Jika ada tempe atau tauhu, boleh goreng guna bancuhan tepung tadi.
Cara-cara menyediakan sambal:
1. Mula-mula, hiris semua bahan secara dadu.
2. Tumis bawang sampai kuning dengan sedikit minyak, kemudian barulah masukkan cabai, garam, cukup rasa dan gula sedikit saja.
3. Seterusnya, tambah air. Masak lama supaya tak sakit perut nanti. Masak sampai naik minyak semula. Siap!
Cara-cara menyediakan sup:
1. Masukkan air reneh ayam tadi bersama garam, halia, lada dan daun sup ke dalam periuk.
2. Tambahkan air jika perlu, kemudian masak sehingga mendidih. Siap!
Resepi Nasi Ayam Penyet ini boleh dijadikan sebagai menu untuk sebarang jamuan, berkelah atau potluck yang menarik juga.
Selamat mencuba!
Sumber: Yusniza Zaiz
Baca juga: Resepi Ayam Penyet Yang Simple, Sambal Pun Sedap Bukan Main