Waktu pagi atau petang teringin pula nak makan sup cendawan pekat seperti di Pizza Hut. Oleh itu, kami kongsikan resepi mushroom soup garlic bread ini untuk anda cuba di rumah.
Resepi mushroom soup garlic bread perkongsian Yatimaria Yusof menjadi pilihan ramai terutamanya mak-mak yang sukakan cara homemade dan hasilnya memang puas hati. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Hash Brown Mudah, Boleh Buat Sarapan Atau Bekal Untuk Anak!
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Masukkan air dan susu segar ke dalam periuk, masak sehingga hampir mendidih.
2. Masukkan kiub ayam dan kacau selama 2 hingga 3 minit hingga larut.
3. Masukkan lada hitam dan cendawan, kacau dan masak lebih kurang 15 minit dengan api sederhana.
4. Masukkan daun parsley, mentega dan garam. Teruskan kacau selama 10 minit.
5. Bancuh tepung gandum dengan sedikit air hingga tidak berketul.
6. Tapis bancuhan tepung ke dalam periuk sambil dikacau perlahan.
7. Kacau hingga sup menjadi pekat dan reneh agak lama supaya semua bahan masak sempurna.
*Tip: Reneh perlahan-lahan untuk dapatkan tekstur sup yang lebih berkrim dan rasa yang sebati.
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Campurkan mentega, bawang putih dan parsley hingga sebati.
2. Sapukan campuran mentega ke atas roti.
3. Panggang atas kuali leper hingga roti garing dan keperangan.
Dengan gabungan susu segar, cendawan dan lada hitam, resepi mushroom soup memang sesuai dinikmati panas-panas bersama garlic bread yang rangup.
Selamat mencuba!
Sumber: Yatimaria Yusof
Baca juga: Resepi Bebola Nugget Ayam Homemade Rangup, Mudah Buat Dan Confirm Anak-Anak Suka!
OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…
Hujan-hujan begini memang terasa nikmat kalau dapat makan semangkuk mi sup panas-panas. Tambah pula bebola…
Chicken mushroom soup tak semestinya perlu dibeli dalam tin kerana anda boleh menyediakannya sendiri di…
Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…
Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…
Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…