resepi muffin coklat

Resepi muffin coklat chip ini tidak memerlukan mixer atau blender, jadi memang sesuai untuk mak-mak yang mahu menyediakan pencuci mulut ringkas dan mudah untuk anak-anak.

Hanya gunakan whisk atau spatula untuk mengacau adunan. Namun hasilnya tetap sedap, lembut dan gebu di bahagian dalamnya.

Muffin ini juga kaya dengan rasa coklat, hasil gabungan serbuk koko dan lelehan coklat chip yang cair semasa dibakar. Jom cuba buat sendiri di rumah!

Baca juga: Resipi Kek Pisang Tanpa Telur, Teksturnya Tetap Moist & Tak Kering Langsung!

RESEPI MUFFIN COKLAT CHIP

resepi muffin coklat

Bahan-bahan:

  • 1 ¾ cawan tepung gandum
  • ¼ cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 cawan gula pasir
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • ⅓ cawan minyak masak
  • 1 cawan air
  • Coklat chip secukupnya

Cara-cara:

  1. Ayak bahan kering iaitu tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
  2. Masukkan gula dan garam ke dalam campuran tepung tadi. Ketepikan.
  3. Sediakan bahan basah. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, masukkan air dan minyak masak. Kacau (whisk) hingga sebati.
  4. Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau menggunakan senduk atau spatula sehingga adunan sebati.
  5. Masukkan coklat chip mengikut kuantiti yang anda suka, kemudian kacau sekali lagi.
  6. Sudukan adunan ke dalam cup muffin. Taburkan coklat chip di bahagian atas mengikut selera.
  7. Susun cup muffin di dalam loyang.
  8. Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 170°C (api atas dan bawah).
  9. Bakar muffin selama 20-25 minit atau sehingga masak. Masa mungkin berbeza bergantung pada jenis oven.
  10. Resipi ini menghasilkan lebih kurang 27-28 biji muffin bersaiz kecil (S).

Sumber: Lyn Da II

Baca juga: Resipi Kek Kukus Guna 3 Bahan, Hasilnya Memang Lembut & Gebu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN