resepi kek kukus

Resepi kek kukus ini sesuai untuk anda yang mencari idea minum petang yang cepat dan mudah disediakan.

Hanya 3 bahan yang diperlukan dan selalunya memang sudah ada di rumah. Tak perlu susah-susah keluar membeli.

Kalau anda ingin mencuba, boleh lihat resipi penuh yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Salasiah Man.

Baca juga: Resipi Kek Marble Klasik Yang Lembut & Super Moist, Makan Sekeping Tak Cukup!

RESEPI KEK KUKUS

resepi kek kukus

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 mangkuk telur (8 biji gred B)
  • 3/4 mangkuk gula (kalau suka manis boleh lebihkan)
  • 3/4 mangkuk tepung gandum

P/S: Pastikan guna mangkuk yang sama untuk menyukat semua bahan.

Cara-cara penyediaannya:

  1. Mula-mula, satukan gula dan telur dalam bekas besar.
  2. Pukul campuran itu menggunakan mixer hingga adunan kembang, gebu dan berwarna cerah.
  3. Pukul campuran itu menggunakan mixer dengan kelajuan sederhana hingga adunan kembang, gebu dan berwarna cerah (lebih kurang 5–7 minit).
  4. Pastikan tepung betul-betul sebati dengan adunan.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan permukaannya.
  6. Panaskan pengukus terlebih dahulu. Bila air kukusan sudah mendidih, masukkan loyang ke dalam pengukus.
  7. Kukus hingga kek masak sepenuhnya. Boleh cucuk dengan lidi, jika keluar bersih, maksudnya kek dah masak.
  8. Angkat, biar sejuk sekejap dan bolehlah dihidangkan!

Sumber resipi dan gambar: Salasiah Man

Baca juga: Resipi Kek Ros Santan Lembut & Cair Di Mulut, Bau Harum Semerbak Satu Rumah!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN