Setiap kali kalau sebut je ‘tempoyak’, pasti korang semua dah terbayang kelazatannya jika dimasak bersama ikan patin. Betul tak? Kalau korang nak tahu, masak tempoyak ikan patin juga mempunyai bermacam versi dan sudah tentulah resepi asli dari Temerloh, Pahang menjadi pilihan ramai. Apa yang menariknya, masak tempoyak ikan patin Temerloh ini langsung tidak menggunakan bawang. Bahan masakannya cuma guna cili, kunyit hidup, tempoyak ikan patin, daun kesum dan juga bahan-bahan lain yang sudah sedia ada di dapur kita sendiri. Walaupun nampak simple tapi percayalah hasilnya memang power! Jom ikuti resepi yang dikongsikan oleh Nisa Cheeszif HQ di Facebook. Selamat mencuba!
MyResipi
Nusantara
Medium

Ikan patin segar.
Tempoyak.
Cili padi 15 biji.
Kunyit hidup seinchi.
Daun Kesum.
Bunga Kantan.
Air.
Timun kuning atau bendi sebagai pelengkap.
Cuci bersih ikan kemudian letak dalam periuk
Tumbuk cili dan kunyit.
Setelah kedua-dua bahan lumat, letak tempoyak dan gaul sebati. Masukkan ke dalam periuk ikan tadi. (Kalau mahu kuah pekat letak tempoyak lebih banyak).
Masukkan daun kesum dan bunga kantan.
Masukkan air. Masak sampai menggelegak.
Boleh masukkan timun kuning atau bendi sebagai pelengkap untuk menambah sedap.
Masukkan garam dan aji sebagai perasa.
Selamat Mencuba
Kredit: Nisa Cheeszif HQ
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…