PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-09-01 04:37:11

Bagi yang sukakan makanan pastry, pasti anda tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba resipi-resipi kek di rumah. Sekarang juga sudah banyak resipi kek yang viral dikongsikan ke seluruh laman sosial yang ada. Bagi peminat tegar kek buah, ini ada resipi menarik yang anda perlu cuba! Jom ikuti resipi Banana Moist Cake yang dikongsikan oleh Ashril.


Kredit: Ashril
 

Bahan-bahan:

  • 4 biji pisang
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 cawan gula
  • 4 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • Soda bikarbonat
  • Serbuk penaik

 

Cara-cara:

  1. Masukkan 4 biji pisang tadi ke dalam pengisar. Kemudian masukkan minyak jagung, gula dan telur. Kisarkan sehingga semua bahan rata dan sebati.


    Kredit: Diet
     

  2. Kemudian, tuangkan bahan kisar ke dalam bekas dan masukkan tepung gandum, soda bikarbonat serta serbuk penaik.


    Kredit: icookasia
     

  3. Gaulkan kesemua bahan sehingga rata.
     
  4. Setelah siap digaul, tambahkan hiasan seperti hirisan pisang dan coklat cip.


    Kredit: Kitasamakongsi
     

  5. Kemudian, masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 120c selama 59 minit.
     

Siap untuk dihidang? Mudah saja kan? Sesuai untuk dimakan bersama seisi keluarga!


Kredit: Ashril


Kredit: Ashril

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN