mee kuah simple

Kalau tiada idea nak makan malam apa, jom cuba resipi mee kuah simple dan menyelerakan ini.

Memang puas hati buat sendiri sebab boleh letak sebanyak mana inti yang disukai. Nak lebih daging, ayam atau sayur pun boleh.

Kalau ada anak ramai juga lagi jimat berbanding beli, sebab sekali masak terus dapat satu kuali penuh!

Baca juga: Resipi Mi Hailam 5 Minit Siap, Masak Campak-Campak Pun Sedap Bukan Main!

RESEPI MEE KUAH SIMPLE

mee kuah simple

Bahan-bahan (5-6 orang makan):

  • 1 peket mee atau mi segera (celur dan ketepikan)
  • Bawang goreng & daun sup secukupnya (untuk tabur)
  • 4 ulas bawang putih (hiris nipis)
  • 6 ulas bawang merah, hiris nipis
  • 5 sudu besar cili boh/cili giling
  • Minyak untuk menumis
  • 300g daging (hiris nipis)
  • ¼ ekor ayam (potong kecil)
  • 2 biji tomato (potong 8)
  • Sayur pilihan (kubis, bunga kubis, sawi, lobak merah)
  • Telur ikut suka

Bahan perasa:

  • 2-3 sudu besar sos cili
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 2-3 sudu besar kicap sotong
  • Garam & perasa secukupnya

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
  2. Masukkan cili boh dan tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan hirisan daging dan ayam. Kacau rata dan biarkan masak dalam 10 minit atas api perlahan.
  4. Bila air daging sudah keluar, masukkan 1.5 liter air.
  5. Biarkan kuah mendidih, kemudian masukkan sos cili, sos tiram dan kicap sotong.
  6. Perasakan dengan garam serta perasa.
  7. Masukkan sayur-sayuran dan tomato, kacau rata.
  8. Akhir sekali, pecahkan telur ikut selera.

Tip telur gedik: Pecahkan telur dalam senduk, letak senduk atas kuah mendidih sampai set, kemudian tuang perlahan-lahan ke dalam mangkuk berisi mi.

Sumber: Nor Asiah Jenal

Baca juga: Resipi Spageti Aglio Seafood, Kena Masak Begini Barulah Berjus & Tak Kering!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN