mee wantan

Rupanya, mee wantan lebih sedap berbanding mi kuning biasa. Teksturnya yang kenyal dan lembut memberikan rasa yang lebih istimewa.

Mi ini memang sesuai dijadikan mi wantan goreng. Cara penyediaannya pun sangat mudah dan tidak merumitkan.

Kalau anda nak cuba sendiri, boleh ikuti resipi lengkap yang dikongsikan oleh Cikgu Afy AL Habibi di bawah.

Baca juga: Resipi Tauhu Garam Cili Sedap & Mudah Dibuat, Makan Panas-Panas Memang Terangkat!

RESEPI MEE WANTAN GORENG

mee wantan

Bahan-bahan:

  • Mi Wanton (dicelur)
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 sudu besar kicap karamel
  • 1 sudu besar kicap cair

Bahan lain:

  • Tauge
  • Sawi bunga
  • Carrot
  • Serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar bawang putih & minyaknya
  • 1 biji telur (nak tambah lauk lain silakan)

Bahan tumbuk:

Cara memasak:

  1. Panaskan 1 sudu makan minyak bawang putih. Sebaiknya gunakan kuali tidak melekat (non-stick) supaya hasil masakan lebih cantik.
  2. Masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi. Bila naik bau, pecahkan sebiji telur ke dalam kuali. Jika ada lauk tambahan, boleh masukkan sekali pada waktu ini.
  3. Apabila telur mula mengeras, masukkan mi wantan yang telah dicelur. Kacau-kacau di atas api besar selama 2-3 minit.
  4. Kemudian, masukkan semua sayur. Tambah juga dua renjis serbuk lada sulah dan 1 sudu besar bawang putih goreng.
  5. Kacau sebati selama seminit atau sehingga sayur mula layu, kemudian tutup api.
  6. Akhir sekali, taburkan daun bawang sebagai hiasan. Siap untuk dihidangkan dan dinikmati!

Sumber: Afy AL Habibi

Baca juga: Cara Buat Bendi Sambal Kering Ala Restoran, Ingat Susah Tapi Rupanya Mudah Saja!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN