resepi bendi

Siapa yang  cuba resepi bendi sambal kering ala restoran nasi ayam terkenal itu, mesti tahu betapa nikmatnya menu ini.

Rasanya yang pedas, lemak dan wangi udang kering memang padu digandingkan dengan bendi yang dikukus lembut. Sekali cuba, confirm licin pinggan!

Kalau dah selalu makan bendi rebus atau celur cicah sambal belacan, apa kata sesekali ubah selera dengan mencuba versi sambal kering pula. Nak masaknya pun senang sangat!

Baca juga: Resipi Terung Berlada Style Kampung, Orang Tak Suka Sayur Pun Boleh Jatuh Cinta!

RESEPI BENDI SAMBAL KERING

resepi bendi

Bahan utama:

  • 15 batang bendi (stim bendi selama 8 minit)

Bahan A:

  • 2 sudu besar udang kering
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah (sederhana besar)
  • Segenggam cili kering (tak perlu rendam & buang biji, boleh juga guna cili flakes)

Kisar halus semua bahan di atas secara berasingan. Jangan kisar sekaligus.

Bahan B:

  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 2 sudu kecil sos ikan
  • 2 sudu kecil kicap manis
  • 1 sudu kecil gula
  • Secubit garam
  • 4 sudu besar air

Satukan semua bahan B dalam satu mangkuk dan larutkan.

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dengan api sederhana.
  2. Tumis udang kering dahulu hingga agak garing (masa ini minyak akan berbuih).
  3. Masukkan bawang putih, tumis hingga sedikit garing. Kacau rata.
  4. Masukkan bawang merah. Tambahkan sedikit minyak lagi untuk memudahkan proses menumis.
  5. Masukkan cili kering. Tumis semua bahan hingga garing dan pecah minyak.
  6. Akhir sekali, masukkan Bahan B yang telah dilarutkan. Kacau seketika dan tutup api.
  7. Tuangkan sambal kering di atas bendi yang telah distim. Siap untuk dihidang!

Sumber: Nadieya Nani

Baca juga: Resipi Sayur Bayam Tumis Udang, Menu Simple Yang Mudah & Berkhasiat

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN