Categories: Resipi

Resipi Mee Udang Simple, Ada Bahan ‘Rahsia’ Buat Kuah Lagi Terasa!

Resepi mee udang simple ini salah satu hidangan yang disukai ramai. Gabungan mi kuning dengan udang segar dalam kuah yang pekat dan pedas memang menyelerakan.

Cara memasak ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Dea Noorfaizura. Menurutnya, ada satu bahan tambahan yang buat kuah lebih terasa.

Baca juga: Resipi Laksa Tumis Yang Pekat, Pedas & Penuh Aroma, Confirm Makan Sepinggan Tak Cukup!

RESEPI MEE UDANG SIMPLE

Bahan-bahan kuah:

  • Kulit dan kepala udang mentah
  • Rangka ayam
  • Udang kering (ditumbuk atau dikisar)
  • 1 biji bawang (potong dadu kecil)
  • 7-8 ulas bawang putih (potong dadu kecil)
  • 3 sudu besar cili kisar/cili boh
  • Sedikit air
  • Serbuk perasa
  • Gula
  • Garam
  • Msg

Bahan-bahan lain:

  • Mi kuning
  • Kangkung (dicelur)
  • Fish cake (dicelur)
  • Udang
  • Isi ayam
  • Telur

Cara memasak:

1. Mula-mula goreng kulit udang sampai bertukar garing dan kekuningan. Kemudian, masukkan air mengikut kuantiti yang dimahukan.

2. Selepas itu, masukkan rangka ayam dan reneh dengan api sederhana selama 30 minit.

3. Seterusnya, keluarkan kulit udang dan kisar. Tuang dan tapis semula ke dalam kuah sup yang direneh tadi. Kita perlukan pati udang sahaja. Sambung reneh dan biarkan seketika.

4. Sekarang kita buat sambal pula. Tumis udang kering yang ditumbuk atau dikisar, bawang besar dan bawang putih sampai garing.

5. Bila dah garing, baru masukkan cili kisar dan sambung tumis sampai masak. Tambahkan sedikit air dan perasakan dengan sedikit secukup rasa.

6. Kemudian, masukkan ke dalam kuah yang direneh tadi itu. Masukkan secukupnya saja mengikut tahap kepedasan yang disukai.

7. Kuah akan bertukar warna selepas dimasukkan sambal.

8. Perasakan dengan gula, garam dan msg secukupnya sampai dapat rasa yang sedap di tekak.

9. Cara menghidangnya, letakkan mi kuning dan mihun ke dalam mangkuk. Susunkan kangkung, fish cake, udang, isi ayam dan telur.

10. Akhir sekali, tuangkan kuah supnya dan sedia untuk menjamu selera.

Sumber: Dea Noorfaizura

Baca juga: Resipi Mihun Goreng Telur Cincang, Guna Bahan Mudah Tapi Rasa Memang Luar Biasa!

Wan N

Recent Posts

Resipi Araittuvitta Mutton Kuzhambu, Kari Kambing ‘Pure’ Dengan Rempah Sangai Buat Kuah Lebih Harum!

Resipi kari kambing ini menggunakan teknik masakan tradisional India yang dikenali sebagai Araittuvitta Mutton Kuzhambu.…

52 mins ago

Ayam Masak Ketumbar Cili Padi, Masak Sampai Naik Bau Memang Buat Bertambah Nasi!

Buntu memikirkan menu lauk untuk keluarga? Apa kata cuba ayam masak ketumbar yang digabungkan dengan…

2 hours ago

Resipi Sos Thai Homemade, Tekstur Pekat Likat Memang Puas Nak Cicah Dengan Apa Pun!

Resepi sos thai homemade ini boleh disediakan sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati.…

3 hours ago

Cara Buat Scone Homemade Guna Tepung Kek, Rangup Di Luar & Gebu Di Dalam!

Resepi scone merupakan antara pilihan menarik yang boleh disediakan untuk sarapan pagi atau minum petang.…

4 hours ago

Cara Simpan Daun Kari & Daun Masakan Lain, Tak Kecut Walaupun Dah Berbulan!

Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…

19 hours ago

Resipi Enoki Goreng Salted Egg, Cendawan Rangup Dengan Salutan Sos Lemak Pedas

Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…

20 hours ago