cara buat mihun goreng

Hari ini, MyResipi ingin kongsikan cara buat mihun goreng telur cincang yang sangat mudah, cepat dan mengenyangkan. Rasanya memang luar biasa walaupun menggunakan bahan yang ringkas!

Bahan-bahan yang diperlukan juga terdiri dari bahan asas yang kebiasaannya memang sudah ada di dapur. Tak perlu guna bahan mahal atau lauk yang rumit, hidangan sederhana seperti ini pun sudah cukup membuka selera.

Resipi perkongsian Encik Khairul Hakimin Muhammad ini turut sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia masakan, kerana langkah-langkah penyediaannya mudah difahami dan senang diikuti. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Mi Bandung Original Muar, Kuah Yang Pekat & Padu Memang Nikmat!

CARA BUAT MIHUN GORENG TELUR CINCANG

cara buat mihun goreng

Bahan-bahannya:

  • 1 pek mihun
  • Segenggam ikan bilis
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 3 biji bawang putih
  • 1 keping dada ayam
  • Sedikit bebola ikan
  •  Sedikit kek ikan
  • 1 senduk cili kering kisar
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar kicap manis
  •  1 sudu besar garam
  • 2 biji telur

Cara memasak:

  1. Rendam mihun dalam air biasa sahaja (tak perlu air panas). Bila dah lembut, toskan.
  2. Tumbuk bawang merah dan bawang putih bersama ikan bilis hingga lumat.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bahan tumbuk tadi hingga garing.
  4. Bila dah garing, masukkan cili kering kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
  5. Sementara menunggu, goreng telur dengan sedikit garam. Bila masak, tutup api dan cincang halus.
  6. Setelah tumisan pecah minyak, masukkan dada ayam yang telah dipotong kecil bersama sedikit air.
  7. Kemudian masukkan bebola ikan dan kek ikan. Kalau ada sawi atau sayur lain, boleh tambah ikut suka.
  8. Masukkan sos tomato, sos cili dan kicap manis, kacau rata.
  9. Tambahkan garam secukup rasa.
  10. Masukkan mihun dan gaul sebati dengan bahan-bahan tadi.
  11. Akhir sekali, masukkan telur cincang dan gaul rata.

Sumber: Khairul Hakimin Muhammad

Baca juga: Jom Masak Kuetiau Thng Untuk Rumah Terbuka, Pasti Tetamu Puji Tak Henti!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN