resepi laksa tumis

Resepi laksa tumis ini memang sedap dan berbaloi untuk dicuba. Kalau dah selalu makan laksa biasa, apa kata tukar selera dan cuba pula versi tumis ini.

Bahan-bahannya hampir sama seperti laksa biasa, tetapi ada sedikit perbezaan dari segi cara penyediaan dan teknik memasak.

Kalau nak tahu apakah bahan-bahan dan cara memasak yang lengkap, jom baca artikel ini dengan lebih lanjut. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Asam Laksa Guna Sardin Tin Yang Kaww, Cara Mudah Tak Perlu Siang Ikan!

RESEPI LAKSA TUMIS

resepi laksa tumis

Bahan-bahan utama:

  • 2 biji bawang besar
  • 1 ½ senduk cili kering yang telah dikisar
  • Belacan (ikut cita rasa, boleh letak atau tidak)
  • ½ kg ikan selayang (direbus bersama asam keping dan garam. Asingkan isi dan tulang. Kisar isi ikan. Tulang ikan juga dikisar dan ditapis 2–3 kali untuk ambil airnya)
  • 1 bungkus laksa (rendam 5–6 jam dan kemudian direbus)
  • Asam keping secukupnya
  • Daun kesum
  • Bunga kantan

Bahan-bahan sampingan (untuk hiasan/penambah rasa):

  • Timun (dihiris halus)
  • Salad
  • Bawang (dihiris nipis)
  • Cili padi
  • Nanas (dipotong kecil)
  • Telur rebus

Cara memasak:

  1. Mula-mula, cili kering dan bawang besar dikisar bersama. Anggaran dalam satu setengah senduk cili kering digunakan. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumiskan sedikit belacan hingga naik bau dan belacan garing.
  2. Sementara itu, laksa direndam seawal pagi dan direbus hingga lembut. Bila belacan dah garing, masukkan bahan kisar tadi (bawang besar dan cili kering) dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Dalam masa yang sama, kisar isi ikan selayang yang telah direbus. Tulang ikan juga boleh dikisar dan ditapis beberapa kali untuk dapatkan air rebusan yang berperisa. Bila tumisan cili dah pecah minyak, masukkan isi ikan yang telah dikisar tadi. Lagi banyak isi ikan, lagi pekat dan sedap kuahnya.
  4. Seterusnya, masukkan asam keping, garam dan sedikit serbuk perasa (jika suka). Tambahkan bunga kantan dan daun kesum untuk menaikkan aroma. Biarkan kuah mendidih dan sebati. Bau harum dari bunga kantan dan daun kesum akan menyedapkan lagi kuah.
  5. Laksa yang telah direbus tadi boleh dihidang bersama bahan-bahan sampingan seperti telur rebus, timun, bawang, salad, cili padi dan nanas.
  6. Akhir sekali, sesuaikan rasa kuah untuk seimbangkan antara masam dan masin mengikut selera. Selamat mencuba!

Sumber: Nur Kasih Fiezaimi Fiza

Baca juga: 7 Tip Buat Kuah Laksam Yang Sedap & Berlemak, No. 2 Paling Penting Kena Ikut!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN