Categories: Resipi

Cara Masak Mi Lidi Seafood, Menu Ringkas & Pantas Untuk Makan Malam

Mee lidi goreng seafood adalah hidangan yang mudah dan sedap. Anda boleh mengubah lauk seafood mengikut selera masing-masing.

Bahan-bahan yang diperlukan juga mudah didapati dan tidak rumit. Anda hanya perlu beberapa bahan asas seperti bawang, cili, dan sos untuk memberi rasa yang sedap.

Proses memasaknya pun tidak mengambil masa yang lama, jadi anda boleh menikmati hidangan ini dalam masa yang sekejap. Mari kita lihat cara penyediaannya!

Baca juga: Resipi Mihun Goreng Kosong, Warnanya Yang Cantik Buat Hati Tertawan!

RESEPI MEE LIDI GORENG SEAFOOD

Bahan-bahan:

  • Mee lidi / Mee kuning
  • Bawang merah, bawang putih, dan cili kering (dikisar)
  • Sos tiram, sos cili, sos tomato
  • Kicap pekat / kicap cair
  • Sos ikan
  • Udang
  • Sotong
  • Fish ball
  • Sawi
  • Tauge
  • Cili merah, cili hijau
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

  1. Sediakan semua bahan yang diperlukan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih, dan cili kering yang telah dikisar.
  4. Tumis hingga pecah minyak.
  5. Setelah pecah minyak, masukkan sos tiram, sos cili, dan sos tomato.
  6. Tambahkan sotong, udang, dan fish ball. Gaul hingga rata.
  7. Masukkan mee kuning atau mee lidi bersama sayur sawi dan tauge.
  8. Gaul sehingga semua bahan sebati dan bercampur rata.
  9. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  10. Tambahkan hirisan cili merah dan cili hijau.
  11. Hidangan sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Shamsila Abd Rahim

Baca juga: Resipi Mi Kicap Homemade, Punyalah Sedap Terus Teringat Sampai Esok!

Nasiha

Recent Posts

Resepi Donat Kampung Tanpa Telur, ‘Debab’ Macam Pelampung!

Salah satu pastri Melayu yang tak akan lapuk dek zaman adalah donut kampung. Bukan sahaja…

8 hours ago

Biskut Kacang Pis, Rangup Kejadiannya Terutama Jika Guna Tepung Jenis Ini!

Biskut kacang pis ini menjadi kegemaran ramai tidak kira semasa musim perayaan atau hari biasa.…

8 hours ago

Netizen Puji Peniaga Buat Pancake Berwajah Fattah Amin, Kreatif & Kacak Lepas Siap!

Baru-baru ini, seorang peniaga yang terkenal dengan pancake kreatif di TikTok bernama @abangpancakekartun membuat perkongsian…

8 hours ago

Resipi Serbuk Colek Padu. Rasa Pedas Manja, Masin & Manis Boleh Buat Ketagih!

Serbuk colek buah memang sangat sedap kalau dicicah dengan jambu, mangga, nanas, dan buah-buahan lain.…

10 hours ago

Masak Lemak Labu, Ikut Cara Ini Kuah Tak Cair & Labu Tak Hancur!

Resipi masak lemak labu hari ini memang sangat sesuai dijadikan menu hujung bulan atau ketika…

10 hours ago

Resipi Ikan Masak Cuka Paling Mudah & Sedap, Makan Sambil Tersenyum Lebar

Resepi masak cuka ikan ini adalah hidangan yang mudah dan cepat disediakan, tetapi sangat memuaskan…

11 hours ago