resepi mee kicap sedap

Satu hidangan mampu bawa seseorang mengimbau saat manis bersama insan tersayang. Begitulah yang dirasai oleh seorang wanita saat memasak resepi Mee Kicap sedap oleh arwah ayahnya.

Mee Kicap ini bukan seperti yang biasa ditemui di restoran. Gabungan rasa kicap manis, aroma halia dan bawang putih yang ditumis serta kuah pekat berperisa daging cukup menyerap ke dalam mee celur.

Resepi Mee Kicap sedap ini dikongsikan oleh Nurul Wada Adilah Azmi di Facebook, dan kisah di sebaliknya telah menyentuh hati ramai kerana penuh kenangan bersama arwah ayah.

Baca juga: Mee Sanggul Goreng Guna Bahan Ringkas, Resepi Simple Tapi Boleh Buat Ketagih!

RESEPI MEE KICAP SEDAP

resepi mee kicap sedap

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Tumis bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus sampai naik bau.

2. Masukkan air rebusan daging bersama daging yang telah direbus.

3. Tambahkan sayur-sayuran yang keras terlebih dahulu seperti lobak merah, baby corn dan kobis bunga. Biarkan sampai lembut.

4. Kemudian, masukkan isi ayam (jika guna).

5. Tambahkan sos tiram dan kicap manis secukup rasa. Boleh tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat.

6. Tuang bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

7. Masukkan udang atau sotong dan biarkan sampai semuanya masak.

8. Setelah kuah cukup rasa dan pekat, masukkan mee kuning yang telah dicelur terlebih dahulu dan gaul rata. Siap untuk dihidang!

Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Wada Adilah Azmi

Baca juga: Resipi Mee Bandung Cara Malas, Tak Banyak ‘Step’ Tapi Sedapnya Mengancam!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN