Selain kerabu perut, masak lemak perut lembu juga merupakan lauk yang boleh dicuba oleh penggemar perut lembu.
Walaupun rupanya nampak biasa-biasa saja, tapi rasanya sangat ‘luar biasa’. Sangat sedap jika dimakan dengan nasi panas-panas.
Tak cukup dengan itu, ratah pun sedap! Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Cikgu Ummi Ziera di bawah.
Baca juga: Cara Cuci Perut Lembu, ‘Confirm’ Putih Bersih Kalau Ikut Cara Ni
RESEPI MASAK LEMAK PERUT LEMBU
Bahan-bahan:
- Perut lembu – potong
- 1 asam keping
- 2 helai daun limau purut
- Garam
- 1 ½ santan kotak – campur air secukupnya
Bahan-bahan kisar:
- 10 – 15 biji cili padi – ikut pedas disukai
- 2 tangkai cili merah – atau cili kisar supaya kuah berwarna merah
- 2 batang serai – ketuk
- ½ inci halia
- 2-3 hirisan lengkuas
- ½ inci kunyit hidup
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
Cara-cara:
1. Kisar kesemua bahan-bahan kisar bersama santan. Jika mahu kuah berwarna sedikit kemerahan, tambahkan sedikit cili kisar atau cili merah.
2. Masukkan sedikit minyak dan panaskan sehingga betul-betul panas dengan api perlahan. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga mendidih dan naik minyak.
3. Masukkan perut, garam, asam keping dan daun limau purut ke dalam bahan tumisan yang sedang mendidih. Kacau rata.
4. Masukkan baki santan dan masak sehingga kuah sesuai dengan kepekatan yang kita suka. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Cikgu Ummi Ziera
Baca juga: Sedapnya Meratah Kerabu Perut Campur Pucuk Paku & Tauge, Ini Resipinya!