Categories: Resipi

Resipi Masak Lemak Ayam Goreng, Tak Letak Bawang Pun Tapi Pekat Elok Kuahnya!

Rupanya, ada cara untuk masak lemak ayam goreng yang pekat dan padu walaupun tanpa menggunakan bawang.

Resipi asal dari Negeri Sembilan sebenarnya memang tak perlu bawang langsung. Tapi ada juga yang tetap menambah bawang untuk menjadikan kuah lebih pekat dan beraroma.

Yang menariknya, tanpa bawang pun kuah lemak ini tetap wangi dan kaya rasa, terutama bila guna kunyit hidup, cili padi dan santan segar.

Baca juga: Resipi Ayam Sambal Bali, Kuah Pekat Melekat & Lazat Sampai Menjilat Jari

RESEPI MASAK LEMAK AYAM GORENG TANPA BAWANG

Bahan-bahan:

  • Ayam (digoreng separuh masak terlebih dahulu)
  • Kunyit hidup
  • Cili padi
  • 1 santan kotak saiz biasa
  • Air secukupnya
  • Serai
  • Asam keping
  • Kiub ikan bilis
  • Serbuk perasa

Cara-cara penyediaan:

  1. Goreng ayam sehingga separuh masak. Jangan masak terlalu lama, goreng sekejap saja.
  2. Tumbuk kunyit hidup dan cili padi sehingga lumat.
  3. Letakkan bahan tumbuk di dalam periuk.
  4. Letakkan 1 santan kotak saiz biasa dan tuangkan sedikit air.
  5. Letakkan juga serai dan asam keping.
  6. Kacau semua bahan sehingga sebati. Jika terlalu pekat, tambahkan lagi air secukupnya.
  7. Perasakan dengan kiub ikan bilis dan serbuk perasa.
  8. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi, gaul sebati dan biarkan menggelegak seketika.
  9. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Sumber: Sis Auni

Baca juga: Resipi Ayam Masak Kicap Serai, Bau Harum Semerbak Sampai Ke Rumah Jiran!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

3 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

7 hours ago