resepi mantou

Kalau tengah cari resepi mantou yang mudah dan cepat untuk minum petang, menu Mantou Sandwic Sardin Pedas ini memang kena dengan selera. Ianya ringkas, tapi sangat mengenyangkan.

Bahan yang diperlukan pun ringkas saja, salah satu bahan utama adalah sardin tin dan roti mantou. Tapi dengan sedikit kreativiti, boleh hasilkan menu yang nampak ‘fancy’ dan sedap macam beli di kafe.

Resipi ini juga sesuai untuk minum petang atau bekal anak-anak. Mantou yang digoreng rangup di luar, lembut di dalam, dipadankan pula dengan inti sardin pedas, sekali makan terus jatuh cinta!

Baca juga: Resipi Jagung Manis Cup Mini Sesuai Untuk Jamuan Sekolah, Laju ‘Diserbu’ Budak-Budak!

RESEPI MANTOU SANDWICH SARDIN PEDAS

resepi mantou

Bahan-bahan:

  • 4-6 biji roti mantou (boleh beli di pasar raya)
  • 1 tin besar sardin
  • 1/2 biji bawang holland (dipotong dadu)
  • 3-5 biji cili padi (dihiris, ikut tahap pedas)
  • Sedikit air limau nipis
  • Daun salad secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Keluarkan isi sardin dari tin dan hancurkan sedikit menggunakan garpu.
  2. Masukkan bawang holland yang telah dipotong dadu dan cili padi hiris ke dalam sardin.
  3. Perahkan sedikit air limau nipis untuk menaikkan rasa segar dan kurangkan bau hanyir.
  4. Gaul sebati semua bahan.
  5. Panaskan minyak dan goreng roti mantou sehingga keemasan dan rangup di luar.
  6. Angkat dan toskan, kemudian biarkan sejuk sedikit.
  7. Belah bahagian tengah mantou (jangan sampai putus), kemudian letakkan daun pandan.
  8. Sumbat inti sardin ke dalam mantou secukupnya.
  9. Siap untuk dihidang!

Sumber: Zarina Hj Dahalan

Baca juga: Resipi Churros Rangup, Bawa Ke Jamuan Sekolah Pasti Laku Keras & Tak Tinggal Baki!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN