Categories: Resipi

Resepi Mango Cheesecake Harum Manis Tanpa Oven, Siap Aroma Harum Semerbak!

Apabila tiba musim buah mangga, peminat mangga Harum Manis mesti tak sabar nak buat resepi Mango Cheesecake. Bukan saja penuh aroma, malah rasa manis semula jadi.

Resepi Mango Cheesecake merupakan antara kek paling mudah dibuat kerana anda tak perlu bakar atau kukus sekalipun. Oleh itu, ia sesuai dijadikan pencuci mulut di rumah.

Suhasnida Ismail telah kongsikan resepi Mango Cheesecake di Facebook dengan menggunakan mangga Harum Manis, salah satu varieti mangga paling terkenal di Malaysia.

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Blueberry Cheesecake Versi Jimat, Kos Tak Sampai RM30 Pun!

RESEPI MANGO CHEESECAKE HARUM MANIS

Bahan A (kisar halus dan cairkan):

  • 160gram biskut marie (kisar)
  • 90gram butter (dicairkan)

Bahan B (kisar halus):

  • 2 biji mangga (dikisar dijadikan puri)
  • 1 sudu besar air jus lemon

Bahan C (mix):

  • 500gram cream cheese
  • 200gram whipping cream
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 110gram gula kastor (nak manis letak 130gm)
  • 100gram puri mangga
  • 2½ sudu besar air jus lemon
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar gelatin + 80ml air panas (kacau sebati)

Bahan D (topping atas):

  • 20gm gula (pilihan)
  • 1 sudu besar gelatin + 50ml air panas
  • 200gram puri mangga

Cara-cara membuat:

1. Sediakan loyang saiz 8″ yang boleh dibuka dari bawah.

2. Cairkan butter dan kisar halus biskut, campurkan kedua-dua bahan ini untuk dijadikan base. Padatkan dalam loyang, simpan sekejap dalam peti ais.

3. Masukkan cream cheese yang telah dibiarkan dalam suhu bilik, mix dengan hand mixer saja, kemudian masukkan gula, esen vanilla dan pukul sebati. Seterusnya, masukkan whipping cream, susu pekat, jus lemon dan puri mangga. Akhir sekali, masukkan bancuhan gelatin yang telah dicairkan dengan air panas. Kacau sebati.

4. Tuang bancuhan ini ke dalam loyang tadi, sejukkan semalaman atau 4 jam.

5. Akhir sekali, sediakan topping atas kek pula, campurkan puri manga dan bancuhan gelatine. Kemudian tuangkan atas kek yang telah disejukkan tadi. Seterusnya, masukan semula ke dalam peti ais dan sejukkan. Jangan lupa tutup kek dengan plastic clean wrap.

6. Apabila nak keluarkan kek, ambik sehelai kain bersih dan celup dalam air panas. Kain ini kita nak tekap di sekeliling loyang kek supaya mudah dibuka dan licin apabila kek di keluarkan.

Tips tambahan dalam resepi Mango Cheesecake:

  • Jika mangga itu seperti banyak serat kasar apabila potong, boleh tapis dengan fine strainer dulu sebelum masuk dalam adunan cheese. Selepas tapis, baru sukat atau timbang. Jika pakai mangga harum manis, tiada serat kasar.
  • Bagi membuat hiasan mangga, boleh gaul buah mangga dengan sedikit jus lemon untuk mengelakkan hirisan mangga jadi gelap apabila simpan lama.

Selamat mencuba!

Sumber: Suhasnida Ismail

Baca juga: Cara Orang Bujang Buat Mango Cheesecake, Tak Perlu Bakar Atau Kukus!

Aimi

Recent Posts

Kek Marble Gebu Dan Lembut, Cuba Resipi Orang Lama Ini Memang Tak Pernah Mengecewakan!

Kek marble antara hidangan klasik yang tidak pernah hilang peminat. Gabungan warna yang menarik dengan…

15 minutes ago

Resipi Baby Churros Untuk Jamuan Sekolah, Saiz Kecil Memang Senang Anak-Anak Nak Makan!

Resepi churros ini boleh dijadikan pilihan kalau sedang mencari idea snek ringan untuk anak-anak, lebih-lebih…

33 minutes ago

Sos Lemon Madu Meresap Sampai Ke Isi, Ayam Panggang Ini Memang Padu Untuk Makan Malam!

Ayam lemon madu boleh menjadi pilihan menarik untuk menu makan malam, terutama bagi yang inginkan…

57 minutes ago

Resipi Kerabu Kaki Ayam Yang Cukup Rasa Pedas, Masam & Manis, Ratah Saja Pun Dah Nikmat!

Resepi kerabu kaki ayam ini memang boleh buat lupa lauk lain! Kaki ayam yang kenyal…

1 hour ago

Lelaki Kongsi Petua Untuk Badan Lenguh Dan Otot Selalu Tegang, Rebus Dua Bahan Dapur Saja

Badan selalu terasa lenguh dan otot pula mudah tegang selepas melakukan aktiviti harian? Ada satu…

1 hour ago

Resipi Ayam Kukus Halia, Cara Masaknya Mudah Tapi Rasa Memang Luar Biasa!

Kalau bosan asyik masak ayam goreng atau ayam masak kicap, apa kata cuba resipi ayam…

4 hours ago