Categories: Resipi

Resipi Mi Segera Special Air Tangan Menantu, Mak Mentua Puji Tak Henti!

Seorang pengguna Facebook berkongsikan resepi maggi tumis special yang menjadi kegemaran ibu mentuanya. Hidangan ini juga selalu menjadi pilihan setiap kali mentua datang berkunjung ke rumah.

Cara memasaknya bukan sahaja cepat, tetapi juga sangat enak dan pasti akan memikat selera. Jadi, jika anda berminat untuk mencuba, boleh lihat resipi penuh di bawah.

Siapa tahu, jika anda cuba memasak buat yang tercinta, mereka pasti akan memuji tanpa henti. Sampai kembang hidung dibuatnya!

Baca juga: Resipi Mi Segera Tumis Simple, Nak Lagi Sedap Tambah 1 Sudu ‘Bahan Ini’

RESEPI MAGGI TUMIS SPECIAL

Bahan-bahan:

  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • Beberapa biji cili api
  • 1 paket rempah mi segera
  • Air secukupnya (agak-agak)
  • 1 biji telur

Cara membuat:

  1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, dan cili api sehingga lumat.
  2. Tumis bahan yang ditumbuk selama seminit sehingga sedikit layu.
  3. Masukkan rempah mi segera dan tumis sehingga garing.
  4. Tambahkan air secukupnya, pastikan jumlahnya sesuai untuk menyedapkan mi.
  5. Pecahkan telur ke dalam kuah dan siram-siram kuah di atas telur. Pastikan telur tidak pecah.
  6. Masukkan mi dan masak hingga pejal, tetapi jangan biarkan mi terlalu lama kerana risau kembang.
  7. Siap untuk menjamu selera. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Rain Fizrain

Baca juga: Maggi Goreng Basah Paling Simple Dan Sedap, Campak-campak Siap!

Nasiha

Recent Posts

9 Makanan Instant Wajib Dibawa Ketika Travel, Yang ‘Last’ Tu Serius Berguna!

Hujung tahun ini pasti ramai yang pakat untuk pergi cuti bersama keluarga atau geng travel.…

14 hours ago

Tip Tanam Pokok Daun Kesum, Guna Petua Ini Dijamin Lebat Merimbun!

Pokok daun kesum menjadi pelengkap rasa dalam pelbagai hidangan, sememangnya cukup penting dalam masakan Melayu…

16 hours ago

Kreatifnya Resepi Kuih Lopes Batik Ini, Cantik Dan Sedap Seperti Yang Asli!

Sesiapa yang meminati kuih tradisional pasti kagum dengan hasil daripada resepi Kuih Lopes Batik ini.…

16 hours ago

Resipi Kuih Puteri Ayu Gebu Gebas, ‘First Time’ Buat Pun Pasti Menjadi

Resipi puteri ayu kuih tradisional ini adalah salah satu pencuci mulut tradisional yang terkenal di…

16 hours ago

Resipi Tiramisu Tanpa Kuning Telur, Versi Ringkas Yang Senang Nak Buat!

Kek tiramisu, siapa yang tak kenal pencuci mulut popular dari Itali ini, kan? Gabungan rasa…

17 hours ago

Laksa Siam Dengan Kuah Pekat Berlemak, Sumpah Sedap Sampai Mengidam!

Buat anda yang tak berpeluang ke Thailand tapi teringin makan Laksa Siam yang sedap dan…

17 hours ago