Resepi lontong goreng ini wajib dicuba jika anda mempunyai lebihan nasi impit yang tidak diusik. Jangan pula dibiar sehingga basi, membazir pula.
Untuk elakkan pembaziran, anda boleh cuba resipi yang mudah dan ringkas ini. Confirm licin dimakan oleh seisi keluarga sebab tersangatlah sedap!
Jika ada yang mahu mencuba, boleh lihat cara di bawah yang dikongsikan oleh Cik Puan Zee menerusi laman sesawang Facebook miliknya. Semoga bermanfaat!
Baca juga: 7 Petua Nasi Impit Tahan Lama & Tak Cepat Berair, 3-4 Hari Pun Masih Elok!
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Tumis bahan-bahan tumbuk iaitu bawang merah, bawang putih dan juga cili kering. Tumis sehingga garing.
2. Selepas itu, masukkan isi ayam dan kacau sehingga masak.
3. Apabila ayam sudah masak, ketepikan dan pecahkan telur. Kacau telur seperti hendak membuat scrambled egg. Kemudian, kacau sebati semuanya.
4. Kemudian, masukkan semua sayur kecuali tauge. Gaul seketika jangan terlalu lama.
5. Masukkan pula nasi impit yang telah dipotong dadu. Perasakan dengan garam dan cukup rasa. Gaul sebati.
6. Akhir sekali, masukkan tauge yang telah dibuang ekornya. Gaul sebati.
7. Matikan api dan tabur bawang goreng. Sedia untuk dihidangkan!
Kredit resipi dan gambar: Cik Puan Zee
Baca juga: Jom Buat Nasi Impit Cara Orang Lama, Kena Tekan Nasi Lembik Panas-Panas!
Hujung tahun ini pasti ramai yang pakat untuk pergi cuti bersama keluarga atau geng travel.…
Pokok daun kesum menjadi pelengkap rasa dalam pelbagai hidangan, sememangnya cukup penting dalam masakan Melayu…
Sesiapa yang meminati kuih tradisional pasti kagum dengan hasil daripada resepi Kuih Lopes Batik ini.…
Resipi puteri ayu kuih tradisional ini adalah salah satu pencuci mulut tradisional yang terkenal di…
Kek tiramisu, siapa yang tak kenal pencuci mulut popular dari Itali ini, kan? Gabungan rasa…
Buat anda yang tak berpeluang ke Thailand tapi teringin makan Laksa Siam yang sedap dan…