Kuih Pisang hijau Sabah merupakan salah satu kuih tradisional yang popular dikalangan masyarakat Bugis. Di Sabah, terdapat pelbagai kaum dengan makanan tradisional tersendiri bagi setiap kaum. Begitu juga dengan masyarakat Bugis.
Baca juga: Resipi Kuih Lopes Gula Melaka Paling Sedap, Hanya Guna Sukatan Cawan Saja
Bagi sesiapa yang pernah mengunjungi Sabah, pastinya pernah mencuba pisang hijau Sabah ini di pasar Filipina. Hanya dengan melihat gambar, sudah cukup membuatkan air liur mengalir. Kuih ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk waktu petang bersama keluarga.
Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan pisang hijau Sabah ini. Bahan-bahan dan langkah-langkah penyediaannya seperti berikut.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
Bahan A: Untuk kulitnya sama seperti membuat kuih dadar
Bahan B: Untuk membuat kuahnya
Bahan C:
CARA PENYEDIAAN PISANG HIJAU SABAH:
Cara penyediaan bahan A:
Cara penyediaan bahan B:
Lebih sedap jika diletakkan ais batu dalam pisang hijau ini dan hidangkan dalam keadaan sejuk. Ia sangat nikmat dimakan ketika cuaca panas. Ini bukan pengat pisang dan juga bukan ABC. Untuk mengetahui rasa pisang hijau ini, anda perlu mencubanya di rumah.
Nampak sangat sedap, bukan? Orang Sabah yang sudah lama merantau boleh menemui penjual pisang hijau ini di sekitar Selangor. Tetapi jika ingin membuat sendiri, cara penyediaannya tidaklah begitu sukar. Untuk mendapatkan rasa yang sedap, pastikan menggunakan pisang raja.
Selamat mencuba.
Baca juga: Kuih Bingka Labu Guna Sukatan Cawan, Tekstur Lembut Bergedik Kejadiannya
Sumber: Fazilah Abidin
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…