resepi loaded potato bowl

Pernah tak ibu-ibu rasa buntu nak sediakan menu bekal untuk anak ke sekolah atau untuk majlis jamuan kelas? Salah satu menu yang tengah ‘trending’ sekarang ialah Resepi Loaded Potato Bowl yang dihidangkan dalam bekas kecil-kecil.

Resipi ini dikongsikan oleh seorang ibu di laman sosial Thread selepas menu jamuan raya yang dibekalkan untuk anaknya telah menarik perhatian guru kelas. Dek kerana kelazatannya, guru tersebut bertindak ‘PM tepi’ si ibu semata-mata ingin bertanya sama ada hidangan itu ditempah daripada luar atau dibuat sendiri.

Cara ini sedikit berbeza dari resipi biasa kerana tidak menggunakan setitik pun susu atau krim, namun tetap menghasilkan tekstur yang sangat halus, berkilat, dan lemak berkrim. Kalau nak tahu resipi penuh, jom baca artikel ini sehingga habis.

Baca juga: Resipi Karipap Pusing Berlapis Cantik & Kekal Rangup Sampai Ke Petang, Sekali Buat Terus Jadi!

RESEPI LOADED POTATO BOWL

resepi loaded potato bowl

Bahan-bahan kentang putar:

  • 1 kg kentang
  • 2 sudu butter (anchor)
  • Garam
  • Secubit garam

Bahan-bahan topping dan sos:

  • Nanco cheese sauce
  • Mayonis
  • Jagung tin
  • Chicken popcorn
  • Sedikit mixed herb (sebagai hiasan/garish)

Cara-cara penyediaan:

  1. Mula-mula, kopek kulit kentang dan potong kepada saiz yang lebih kecil supaya cepat masak. Rebus kentang di dalam air yang diletakkan sedikit garam sehingga benar-benar empuk. Pastikan kentang betul-betul lembut sebelum ditapis airnya.
  2. Masukkan kentang yang masih panas tadi ke dalam pengisar (blender). Masukkan 2 sudu besar mentega dan secubit lagi garam. Kisar sehingga tekstur kentang menjadi sangat halus dan berkilat. Penting: Jangan tambah susu atau krim.
  3. Goreng chicken popcorn sehingga garing dan keemasan. Untuk jagung dalam tin, anda boleh kukus sebentar atau celur dengan air panas untuk rasa yang lebih segar.
  4. Ambil bekas plastik kecil atau saiz bersesuaian, masukkan kentang putar sebagai lapisan bawah. Kemudian, picitkan sos keju nacho dan mayonais di atasnya mengikut citar rasa. Taburkan jagung manis dan letakkan beberapa ketul chicken popcorn yang telah dipotong kecil. Taburkan sedikit mixed herb di atasnya untuk nampak lebih eksklusif.

Loaded Potato Bowl ini bukan sahaja sedap dimakan panas-panas, malah tetap mantap walaupun dah sejuk. Sesuai sangat untuk dijadikan hidangan potluck atau menu jualan dari rumah. Bahan-bahannya pun sangat mudah didapati di pasar raya. Selamat mencuba!

Sumber: Thread @kinotkuniya

Baca juga: Puding Karamel Tanpa Telur Versi Cup Comel, Resipi Mudah & Jimat Untuk Jamuan Sekolah Anak

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN