Categories: Resipi

Cara Mudah Buat Lengkong Jagung Yang Sedap, Lemak Manis & ‘Berlumut’ Cantik!

Kalau dah biasa buat lengkong pandan, jom cuba resepi lengkong jagung lumut yang mudah untuk disediakan ini pula.

Tekstur ‘lumut’ terhasil daripada campuran telur dan santan bukan sahaja nampak cantik, malah memberikan rasa lemak yang lebih padu.

Pencuci mulut ini sangat sesuai untuk hidangan minum petang atau sebarang majlis seperti kenduri serta rumah terbuka.

Baca juga: Resipi Lengkong Sirap Ala Orang Dulu-Dulu, Manis & Sedapnya Tak Cukup Makan Satu!

RESEPI LENGKONG JAGUNG

Bahan-bahan:

  • 18 gram agar-agar tali
  • 7 gelas air
  • 1 gelas penuh gula pasir
  • 5 biji gula batu (untuk hasil kilat dan manis yang stabil)
  • 1 sudu kecil garam
  • 4 sudu kecil perisa jagung
  • 2 biji telur (gred B)
  • 1 atau 2 gelas santan
  • 1 gelas susu cair
  • Sedikit pewarna oren (pilihan, jika warna kurang naik)

Cara-cara penyediaan:

  1. Didihkan 7 gelas air bersama agar-agar tali di dalam periuk. Masak sehingga agar-agar larut sepenuhnya.
  2. Setelah larut, masukkan gula pasir, gula batu dan garam. Kacau sehingga semuanya sebati dan hancur.
  3. Di dalam bekas berasingan, campurkan santan, susu cair, perisa jagung dan telur. Pukul atau kacau sehingga benar-benar sebati.
  4. Tuangkan campuran santan dan telur tadi ke dalam air agar-agar yang sedang mendidih.
  5. Jangan kacau terlalu kerap. Biarkan adunan mendidih seketika sehingga gumpalan-gumpalan halus (tekstur lumut) mula terbentuk di permukaan.
  6. Jika warna nampak pucat, titiskan sedikit pewarna oren mengikut kesesuaian.
  7. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz 12″ x 12″.
  8. Biarkan ia sejuk pada suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk hasil yang lebih pejal dan segar.

Sumber: Hajah Zainab Bt Mawan

Baca juga: Resipi Lengkong Pandan, Rasa Manis & Wanginya Memang Memikat Hati!

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

1 day ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

1 day ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

1 day ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

1 day ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

1 day ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

1 day ago