
Kalau dah biasa buat lengkong pandan, jom cuba resepi lengkong jagung lumut yang mudah untuk disediakan ini pula.
Tekstur ‘lumut’ terhasil daripada campuran telur dan santan bukan sahaja nampak cantik, malah memberikan rasa lemak yang lebih padu.
Pencuci mulut ini sangat sesuai untuk hidangan minum petang atau sebarang majlis seperti kenduri serta rumah terbuka.
Baca juga: Resipi Lengkong Sirap Ala Orang Dulu-Dulu, Manis & Sedapnya Tak Cukup Makan Satu!
RESEPI LENGKONG JAGUNG

Bahan-bahan:
- 18 gram agar-agar tali
- 7 gelas air
- 1 gelas penuh gula pasir
- 5 biji gula batu (untuk hasil kilat dan manis yang stabil)
- 1 sudu kecil garam
- 4 sudu kecil perisa jagung
- 2 biji telur (gred B)
- 1 atau 2 gelas santan
- 1 gelas susu cair
- Sedikit pewarna oren (pilihan, jika warna kurang naik)
Cara-cara penyediaan:
- Didihkan 7 gelas air bersama agar-agar tali di dalam periuk. Masak sehingga agar-agar larut sepenuhnya.
- Setelah larut, masukkan gula pasir, gula batu dan garam. Kacau sehingga semuanya sebati dan hancur.
- Di dalam bekas berasingan, campurkan santan, susu cair, perisa jagung dan telur. Pukul atau kacau sehingga benar-benar sebati.
- Tuangkan campuran santan dan telur tadi ke dalam air agar-agar yang sedang mendidih.
- Jangan kacau terlalu kerap. Biarkan adunan mendidih seketika sehingga gumpalan-gumpalan halus (tekstur lumut) mula terbentuk di permukaan.
- Jika warna nampak pucat, titiskan sedikit pewarna oren mengikut kesesuaian.
- Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz 12″ x 12″.
- Biarkan ia sejuk pada suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk hasil yang lebih pejal dan segar.
Sumber: Hajah Zainab Bt Mawan
Baca juga: Resipi Lengkong Pandan, Rasa Manis & Wanginya Memang Memikat Hati!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














