Teringin nak makan lempeng tapi kehabisan telur? Jangan risau, mari cuba resepi lempeng tanpa telur ini. Hasilnya, lempeng tetap gebu dan lembut!
Bahan utama untuk membuat lempeng ini juga hanyalah tepung gandum, air, minyak masak dan juga garam.
Jika ada yang mahu mencubanya, mari ikut resipi lengkap perkongsian oleh Puan Muliyana Suhud di bawah. Sesuai dimakan ketika sarapan pagi atau makan malam. Selamat mencuba!
Baca juga: Resipi Lempeng Kelapa Parut Lemak Manis, Ada Petua Nak Lagi Sedap & Berlemak
RESEPI LEMPENG TANPA TELUR
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan air
- 5 sudu besar minyak masak
- 1 sudu teh garam
Cara memasak:
- Satukan semua bahan iaitu tepung gandum, air, minyak masak dan garam di dalam pengisar. Kisar sehingga semuanya bercampur rata dan betul-betul sebati.
- Sediakan kuali dan letak 1 sudu minyak masak. Sekatakan minyak dalam kuali tersebut.
- Ambil 2 senduk kecil adunan dan tebarkan atas kuali.
- Biarkan lempeng sehingga permukaannya mula berlubang dan kekuningan.
- Balikkan lempeng dan biarkan menggoreng sehingga kedua belah permukaannya masak dan kekuningan.
- Ulang sehingga semua adunan habis.
- Lempeng gebu siap dihidangkan dengan pelbagai jenis kari, rendang, atau hidangan lain mengikut selera.
- Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Muliyana Suhud
Baca juga: Lempeng Guna Daun Pisang, Auto Teringat Nostalgia Zaman Kecil Dulu-Dulu